Entry dalam bus MajuExpress.

Assalamualaikum
Semalam berakhirlah #Fesko51UTM
Black datang sebagai penutup.
Aku tak pergii pon. *-__-*

Harinih aku dah istiharkan cuti semesta!
Even dalam takwim UTM, stated sem break start 4th Nov 2013. Dalam takwin coursemate aku esok 1st Nov 2013
Huahuahua. Semangat sangat nak cuti awalkan hawa ni. *suarahati*

Selesai test week dengan bergaya, even ada 2 3 papers aku rasa macam tak yakin sangat nak jawab. Tapi dah tamat pun. Kene perform lebih on assignment and final exam nih. Selesai test aku dah tak betah duk dekat UTM terchenta ni. Tapi aku gentle, aku teruskan jugak. Dengan menyiapkan 2 assignment and submit. *ding*

Mama dah dok tanya, "kak bila balik?"
"Hari apa?" Dan kemuncak pada ke-teruja-an mama sal cuti aku malam tadi. Mama kol tanya, "esok ada kelas ke?" "Habis kol bape?" "Dah beli tiket belum?" Aku cam dah biasa dah dengan cara mama. So, aku cool je la jawap. Even kadangkadang aku rasa mama nih suwitt angatt. Hahaha. Mama cerita lah hal rumah segala. Dan hasil kebun pisang yang memberangsangka. Mama cakap dekat rumah adaah dalam 6tanda pisang emas, ayam gajah tah bape ekor. Mama suruh papa jual even dalam harga yang murah asalkan pisang tuh tak membusuk dan terbuang sebegitu sahaja. Tapi papa macam malas je, macam malas je. Hahhahaha. Papa keluarkan ayat "eh, hawa kan nak balik, dia kan rajin buatbuat kek nih. Biarlah dia buat nanti balik" huhu
Aku tak pasti nak terharu ke, teruja ke, sedih. Lepas mama cakap tuh, aku terus google resepi kek pisang or something about pisang as dessert or minum petang. Haha. Motif sangattkan
On other conversation, mama cerita pasal kebun dia la. Pokok anggur tumbuh dgn sihat, buah delima yang tak capai berat 5kg lagi, pokok mana tah mama amek dah keluar putik. "Sempatlah kak tengok berbunga nanti" at last, mama cerita pasai pokok jambu. Masa aku balik raya haji aritu aku dah perasan yang pokokl jambu tepi rumah tu tengah berbuah. Tapi kecik je. Semalam mama bagi ayat terharu. "Kak buah jambu dah besar, mama ingat nak pelik tapi mama nak tunggu kak la yang petik mama dah balut dah buahnya" :') terharu angat kita dengar mama cakap macam tu. Mama selalu sangatlah buat ayat shomelshomel sampai aku rasa macam comel je, macam comel je. Hahaha

Tak sabarnya nak merasmikan cuti semesta aku. Aku rancang first nak g #SetiaCityMall nak tengok #iPhone5s/c yang baru launch dekat Malaysia arini. Kalau rezeki bole lah aku swag dengan iP5s tuh. Kalau tak, aku mampu tengok barisan yang panjang je dekat Celcom and Machine store je.

Eh, aku tulis entry nih dalam bus tahu tak. Semangat nak tulis entry on last day in October. Huhu
Malam nih kalau gagah aku nak tulis wishlist for semesta break aku. Kalau la. Hujan renyai dekat batu pahat dan melaka. Doakan aku selamat sampai. ;)
Selamat bercuti!


Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

Comments

Popular posts from this blog

RESEPI: Ayam Cheesy Buttermilk

REVIEW; Train to Busan by cik hawahijau

Susu Coklat Farm Fresh Love Story