Food Review: Nasi Kukus Sotong Besar (Klang)

Assalamualaikum, selamat tengahari.
Tengah plan nak makan mana hari ni? Ok, harini hari last untuk bulan March ni. Cik hawa plan nak share tempat makan yang cik hawa rasa korang harus try.
Kedai makan ni dekat je dengan rumah cik hawa dalam 15 minit. Bagi peminat seafood terutamanya sotong besar, kambing bakar, ayam berempah dan puyuh goreng berempah. Kedai NASI KUKUS SOTONG BESAR ni ada dua cawangan tak silap cik hawa. 1 cawangan dekat Jalan Batu Belah, berdekatan Aeon Big Jalan Kapar dan 1 cawangan dekat Kemuning Utama, Seksyen 33, Shah Alam. Buka pukul 12.00 tengahhari hingga 11 malam setiap hari TAPI TUTUP PADA HARI SELASA.
masa nih cik hawa sampai awal lagi 5-10minit nak pukul 12. Dah ada few yang tunggu kedai bukak termasuk cik hawa. huhu

Untuk pengetahuan kedai ni akan ramai bila waktu makan tengahari (12-2 petang), makan malam (6petang- 9 malam) dan sistem dekat kedai ni order dan bayar nanti dia akan hantar dekat meja korang. Haritu cik hawa order nasi kerabu puyuh goreng dengan nasi kukus sotong besar.
beratur, pilih menu, bagi no.meja, bayar, tunggu makanan sampai

Service cepat. Tak sampai 10 minit lepas order dapat makanan. Makanan sedap. Cik hawa rasa nasi kerabu dia sedappp sangat yang cik hawa pernah makan. Sambal kelapa cukup lemak, cukup rasa, banyak dan portion dia seimbang dengan nasi. Telur masin separuh, ulam pun portion cukup untuk gaul secukupnya, budu dan sambal pon cukup untuk nasi tu, siap dengan keropok ikan. makan nasi kerabu biasa pun sedap. dan nasi dia BANYAK! Memang kenyanglah. tapi nasi dia lembik sikit dari biasa yang cik hawa pernah makan dekat tempat lain. Ayam puyuh di ok, sodap. tapi cik hawa bukan peminat puyuh, rasa dia biasa-biasa je bagi cik hawa.
nasi kerabu puyuh RM9.00
BINTANGGG! Sedap, ranggup diluar, lembut didalam. puas la makan. Boleh makan 2 orang

nasi kukus sotong besar. RM13.50

Cik hawa bukan fans nasi kukus tapi pernah nak makan beberapa kali kukus. Tapi nasi kukus nih kuah dia padu, sambal tu best tak pedas sangat. Portion pun besar, InsyaAllah boleh kenyang. Sotong goreng tu datang dengan dipping sos ala thai. Memanis pedas. Bagi cik hawa kedai ni ok, sedap, cepat, bersih. Nak repeat nasi kerabuu dengan sotong besar pula. Orang kata kambing bakar dia sodap, nanti kita cuba ye.



Agak fofular di media sosial, dah viral dekat ROTIKAYA; VIDEO MAKAN DARI VITDAILY

benda sesedap ni jangan amal selalu, nak makan reroger cik hawa ye. 
Promosi BUY 1 FREE 1 LECITHIN TAMAT HARINI. Hanya rm66.60


Comments

Popular posts from this blog

Part 1- Percutian ke Perth, Australia Julai 2016

Suntikan Vaksin HPV Percuma

Muka Senget.