Posts

Showing posts from March, 2017

Food Review: Nasi Kukus Sotong Besar (Klang)

Image
Assalamualaikum, selamat tengahari. Tengah plan nak makan mana hari ni? Ok, harini hari last untuk bulan March ni. Cik hawa plan nak share tempat makan yang cik hawa rasa korang harus try. Kedai makan ni dekat je dengan rumah cik hawa dalam 15 minit. Bagi peminat seafood terutamanya sotong besar, kambing bakar, ayam berempah dan puyuh goreng berempah. Kedai NASI KUKUS SOTONG BESAR ni ada dua cawangan tak silap cik hawa. 1 cawangan dekat Jalan Batu Belah, berdekatan Aeon Big Jalan Kapar dan 1 cawangan dekat Kemuning Utama, Seksyen 33, Shah Alam. Buka pukul 12.00 tengahhari hingga 11 malam setiap hari TAPI TUTUP PADA HARI SELASA. masa nih cik hawa sampai awal lagi 5-10minit nak pukul 12. Dah ada few yang tunggu kedai bukak termasuk cik hawa. huhu Untuk pengetahuan kedai ni akan ramai bila waktu makan tengahari (12-2 petang), makan malam (6petang- 9 malam) dan sistem dekat kedai ni order dan bayar nanti dia akan hantar dekat meja korang. Haritu cik hawa order nasi kerabu puyuh

Cara Petua hilangkan pijar cili

Image
Assalamualaikum, cuti sekolah dah habis. Rutin harian dah kembali normal la ye. Ada yang cuti sekolah berjalan-jalan, ada yang duduk rumah tengok tv, dan paling mak-mak hadap adalah memasak. cuti sekolah ke tak cuti sekolah ke sama je rutin. Terkadang cuti sekolah lagi sibuk mak-mak nya 24jam anak dekat rumah, dan lebih banyak masa bersama berbanding masa tak cuti sekolah. Cik hawa dah lupa bila cuti sekolah ke cuti apa ke, sebab dah 3 tahun adik cik hawa si adam tu habis sekolah. dan memasing berbisness sendiri. hari-hari waktu sendiri, cuti sendiri. pepetang selasa ni, cik hawa nak share tips/ petua nak hilangkan pijar cili. tak pasti pula nih bahasa kebangsaan atau bahasa negeri. Pijar cili ni cara panas/pedas merayap dekat tangan atau kawan tertentu hasil daripada sentuhan terhadap benda pedas seperti cili. Contohnya nak masak sambal belacan tumbuk bawang merah,bawang putih, cili, gula, belacan dalam lesung batu, masa dah siap tumbuk kita pergi ceduk sambal tu guna tangan, bukan

Suntikan Vaksin HPV Percuma

Image
Assalamualaikum, hari ahad yang indah nih, cik hawa nak share mengenai suntikan HPV. Bagi followers di Instagram (@nurhawahaider) dan friends di Facebook (@nurhawahaider) mungkin ada yang Nampak post cik hawa Jumaat lepas. Sebelum dapatkan suntikan HPV dekat Port Klang, Selangor. Nak mula dari mana ye? ok, semua entri ini akan memberi manfaat ramai orang yang tahu ataupun tak tahu mengenai HPV dengan sedikit pengetahuan dan pengalaman yang telah Allah bagi pada cik hawa. Cik hawa pun tak tahu sangat pasal HPV ni sampailah ada seorang sahabat rapat cik hawa, cik farah ain bagitahu mengenai suntikan HPV ni. Dia cakap kosong macam tu je la. Lepas tu baliknya cik hawa pergi search dekat facebook mengenai SUNTIKAN HPV ada la few thread yang membantu (sangat) dan gambar di bawah cik hawa dapat hasil daripada carian cik hawa.  Apa itu HPV? Secara amnya nama panjang HPV adalah Human Papilloma Virus Untuk pengetahuan HPV adalah penyebab utama kanser serviks yang dise

RESEPI: Ayam Cheesy Buttermilk

Image
Assalamualaikum, cuti sekolah dah mula pepagi kalau keluar lancar je jalan. Sekolah ni memainkan peranan penting ye dengan keadaan trafik jalan raya. Sebelum cik hawa merapu meraban meh cik hawa tepekkan resepi cara mudah, senang, sodap resepi Ayam ala-ala restoran doploh bintang. Bahan mudah nak jumpa dekat pasaraya berdekatan anda. Resepi ni boleh di masak oleh emak/ibu/umi/mama/mami solehah yang dah khatam menu tigaratus buku masakan. kalau belum khatam pon boleh masak resepi nih. yang baru kahwin nak impress kan suami/mak mertua/ayah mertua. mudah simple cepat tapi nampak macam kau pandai sangat memasak! hahahah BAHAN-BAHAN PERAPAN AYAM 🐓  500gm+ Isi ayam (bahagian keel, mudah semua isi kalau tade guna ayam seekor potong kecil pon ok)  3 sudu makan Tepung gandum  1 sudu teh Serbuk kunyit  secukup rasa Garam  Minyak masak untuk mengoreng BAHAN-BAHAN SOS  1 tin (400ml) susu cair (jenama Carnation/My Rasa ok bagi cik hawa tak manis sangat cuma lelamaks) separuh kiub p

cik hawa makcik karipap kegemaran mama

Image
Assalamualaikum, wah kemain 1 hari 1 entri cik hawa. nih dah seminggu rajin minggu seterusnya makin rajin dan semoga ada upgrading info dalam setiap entri cik hawa. dah tak ramai yang rajin blogging tapi yang otai-otai masih blogging. Dan ianya ibarat lifestyle dan rutin samaada sibuk atau kepadatan jadual. Sebagai contoh pemilik dUCk dan pemilik bersama FashionValet VIVY YUSOF antara yang rajin dan komited blogging di  sini  . Percaya atau tidak bila kita baca kita follow buat kita rasa RAPAT, KENAL, DEKAT dengan dia. So, mungkin cik hawa tidak sefofular macam vivy yusof tapi apa yang baik boleh diikuti dan dijadikan contoh. kemain entri ni masuk draf sebab tak gagah nak tepek muka cik hawa makcik karipap kegemaran mama. cik hawa adalah seorang yang kurang keyakinan diri dengan memakai tudung menampakkan keluasan pipi, kelebaran dahi dan bekas jerawat. cik hawa seorang bawal-ista dan bekas selendang-ista tapi tetap hijabis yang manis ayu gitu (matilanak puji diri sendiri, haha) da

Promosi Beli1 Percuma 1 di Manhattan Fish Market

Image
Assalamualaikum nak share offer yang sedang berlangsung dekat  MANHATTAN FISH MARKET (MFM) dalam blog cik hawa ada 2 kali kot cik hawa review makan dekat sini. dan kesemua yang cik hawa pernah adalah deakt outlet SETIA CITY MALL. MFM ni antara tempat yang cik hawa dan cik tunang suka. sebab apa eh? sebab dia macam taste tekak melayu la, sebab kebanyakkan meal dekat sini akan compliment dengan NASI (katanya garlic herb rice, rasa ujungujung je) kecuali meal macam fish and chip, pastu tu tade la nasi. tapi meal yang fofular dekar MFM adalah  FLAMMING PLATTERS  hak makan dalam pan besaq atasnya penuh dengan seafood, bersama sesayuran dan bawah tu de nasi. ikan boleh pilih kesukaan nak ikan salmon ke dory ke ikan merah ke tengok pada kesukaan dan $$$ Cik hawa nak recommed starter yang sedap dan nice je nama dia  GARLIC HERB MUSSLES Cik hawa kemainnnnnnnnnn cerita pasal makan panjang lebar. hahahaha. cik hawa suka makan btw. Ok, bagi peminat MFM atau baru nak cecuba boleh rebut peluang

dairi detox cik hawa: Jom Detox Day 7

Image
Assalamulaikum, wah, wah..dam dam dum bunyi mercun. dh nk beraya cik hawa. yang paling cik hawa perasan sepanjang detox ni tidur sangat lena (deep sleep omputih kata) dimana tidur yang berkualiti, bangun pagi rasa segar je menurut blog  ADDAPP  semasa deep sleep kita akan recharge tenaga kita, dimana buah pinggang akan membersihkan darah, sel-sel digantikan dan menyembuhkan luka. Deep sleep nih penting untuk sebab ianya akan meningkatkan sistem imum pertahanan badan, mengelakkan keletihan dan kemurungan harini nih menu kita dah jumpa nasi, mee. ayam, daging, menu breakfast day 7, protein shake! ESP+CHOCOLATE MILK! Sedappp ngatt Sebenarnya ESP SHAKLEE ni adalah yang palinggg popular di kalangan penduduk Malaysia. Dan adalah sumber protein yang lengkap 9 asid amino perlu dan menggunakan kacang soya Non-GMO (tidak diubah paten) di cuci dengan air bagi mengelakan keaslian isoflavoin dari kacang soya. Emm penting ke semua tu? SANGAT PENTING! sebagai contoh ayam daging yang kita b

dairi detox cik hawa: Jom Detox Day 6

Image
assalamualaikum wah dah selamat cik hawa mendetox sampai hari ke 6! masa detox ni niat nak lebih sihat, cergas, dan mudah penyerapan nutrient dari pemakanan dan aktiviti seharian cik hawa Alhamdulillah juga sebab cik hawa dapat sokongan penuh dari mama, adam dan cik tunang. lunch menu detox day 6. Chicken grilled with RAW VEGE and PEPPERMINT-GINGER PLUS Rasa sedappppppppppppppp sangat perapan ayam tu.(terpuji diri sendiri pula) sekarang nampak sayur dah tak zombi sangat. Nak share nih kalau detox atau diet kita akan pening berangin sebab toksin dari perut naik PEPPERMINT-GINGER PLUS ni sangat membantu. Rasa sedap rasa macam makan mint mentos tu tapi versi sihat. Buat air pun sedap. Lepas minum memang angin semua keluar. Kintut, Sendawa. Picit sikit dah keluar angin. nanti cik hawa akan share menu simple detox je semua orang boleh buat InsyaAllah. mudah, sedap, sihat. ni dah 6 hari detox sampai sitahi pun dah warna hijau. keluar sayur je. hahaha. maaf na, kalau rasa tak seles

dairi detox cik hawa: Jom Detox Day 5

Image
Assalamualaikum wah, tak sangka cik hawa dah detox sampai hari ke 5! Hari Ahad yang biasa dan aktiviti hanya di rumah. menu hari nih dah ada boleh jumpa ayam dengan ikan breakfast cik hawa shake ESP dengan susu cinta PCM Lunch salad dan sayur dimasak Menu detox dinner day 5. Baked potato/baked brokoli dan vege egg pancake.   Lepas sesiap dinner sebelum maghrib tu, sesiap sebab cik tunang ajak pergi tesco sebab dia pun nak detox! hahahaha. Dia cakap takan la cik hawa sorang je sihat,fit, cantik. (kelakar nak type nih) So, teman la beli sald, buah sesikit. Pergi pula hari ahad memang bahagian sesayur bebuah tu macam dilanggar todakk. banyak kosong. Tapi paling best pisang cantik sedap tu RM2.99 1kg murah. selalu RM4-5 1kg. nih hasil tangkapan dekat tesco. Bahan detox cik tunang. cik hawa selit sesikit tengok! Milk Shelf nih. banyak lompang. susu cinta PCM tu pon dah kedalammm keria gula melaka btw, semalam masa tengah buah entri blog sesambil makan kekudap timun j