Susu Coklat Farm Fresh Love Story

Assalamualaikum
selamat hari ahad
Niat cik hawa nak buar dua entri hari ni. Dalam minggu detox ni rajin pula nak menulis. walaupuan tak panjang macam deduluu. tak pe kita panaskan enjin je dulu ye.
ha, dari tajuk tu macam eh mende pula tu.
Siapa pernah dengar susu jenama FARM FRESH! angkat tangan. Farm Fresh ni cik hawa dah pernah kenal since zaman belajar dulu, terpengaruh dengan IRINE NADIA masa 1st pregnancy si FISKA MEDINA. Kan ibu-ibu mengandung ni kena selalu minum susu untuk keperluan kalsium ibu dan anak. So, irine cerita yang dia selalu consume SUSU KAMBING dari FARM FRESH dia selalu ada dekat Tesco. Dan yang best, teruja, bestnya adalah FARM FRESH ini adalah daripada kompeni BUMIPUTERA dari JOHOR. Tapi 1 botol kecil(appx.300ml) SUSU KAMBING FARM FRESH tu berharga RM5++ masa tu dan cik hawa tak jatuh hati sangat. Minum pun kadang-kadang je untuk dapatkan kebaikan susu kambing tu. Dalam 1 kali 1 bulan atau 2 kali sebulan macamtu.

Tapi sejak dia ada produk BARU. Susu daripada lembu! Cik Hawa sangat jatuh cintaaaaaaaaaaaaaaa!
Susu Fresh Full Cream (tutup oren)
Susu Fresh Skinny (tutup biru)
Susu kurma (tutup brown)
Susu COKLAT PREMIUM! (tutup coklat ofkos)
Yogurt perisa strawberi
Plain Yogurt
Semua cik hawa sukaaaaaaaaaaaa! dan happy sangat kalau dapat beli dan minum susu nih!
Walaupun harga dia adak mahal daripada jenama Marigold, Dutch Lady, HL tapi sebab bila cik hawa dah jatuh cinta tak pandang mana dah. Rahsia cik hawa dah terbongkar! hahahahaha
Happy tengok jenama BUMIPUTRA ada sebaris dengan jenama bukan bumi. Dan kalau uols perasan dan cik hawa selalu perasan yang jenama FARM FRESH selalu kosong dekat cold shelf! Nak beli je habis, stok tinggal 1-2 je. Dan palingggggggggggg laju habis is PREMIUM CHOCOLATE MILK! (PCM) Cik hawa's favorite. Cik Hawa selalu kalau shopping dekat tesco akan tengok milk shelf nak tengok si PCM kenkadang tinggal yang botol kecil yang 3 kali sedut habis tu pun cik hawa beli. Kalau ada yang botol besar rasa nak beli 10! hahahaah. 1 botol tu harga dekat tesco RM7.40 1liter.
Dia pekat, penuh coklat tapi dia tak manis sangat! sukaaaa.sukaaa. kalau sebelum ni cik hawa suka minum susu coklat GOOD MORNING tu.Nyummeh! tapi maaf cinta saya dah berubah! hahahaha

Dan cik tunang sangatlah tahu akan ke-taksub-an cik hawa dengan PCM dari FARM FRESH ni. Kalau cik tunang pergi Checkers ke Mydin USJ ke mesti cik hawa tanya ada offer tak PCM FARM FRESH? Dia akan willing dan redha jawap harga sama je. Kalau ada offer mesti cik tunang berdesup bagi tahu. hahaha. Membahagiakan sangat. Tapi dalam 2-3 minggu ni cik tunang selalu sibuk dan cik hawa jarang dah jumpa, rindu sampai rasa nak merajuk. Pepelik je kan. Dan cik tunang suka dan selalu je rajin memujuk! Maka pujukan dan kejutan untuk MISI MERAJUK CIK HAWA KE #3245 nampak sangat suka merajuk! hahaha

cerita dia bermula dari.
conversation 1

conversation 2
conversation 3
conversation 4
susu coklat cinta pujukan! haha
cik tunang sangat jarang buat kejutan dan kalau dia buat alahai rasa melting sangat. Last kejutan dia adalah cik hawa PMS memalam meroyan nak tengok muka cik tunang, taksangka cik tunang datang! layankan PMS tunang india putih dia nih, Hahaha. Sebelum nih cik tunang buat surprise potong rambut! nampak simple kan tapi sangat bermaknaaaa. Cik hawa tak suka lelaki rambut panjang paling tak suka bila tak kemas! cik tunang memang dah faham sangat dah cik hawa akan membebel atau merajuk kalau tengok rambut cik tunang panjang, tak kemas. Oneday tu, cik tunang cakap kita jumpa kali ni awak jangan membebel ye sebab rambut saya panjang tak sempat potong, orang ramai, takde duit bla.bla.bla. Cik hawa iya kan aja sebab penat dah nak merajuk pasal rambut tak kemas plus panjang tu. Sekali masuk dalam kereta rambut dia kemas, bersinar-sinar dah POTONG! Meleret je la senyumannn. hahhaha. cik hawa mudah terhibur! eh ni entri pasal susu ke pasal cik tunang?
emmm, detox-detox nih muka macam rimau pula rasanya! haha.
ok.Bai

Comments

Popular posts from this blog

Suntikan Vaksin HPV Percuma

Part 1- Percutian ke Perth, Australia Julai 2016

UJIAN HIV PRA PERKAHWINAN 2017