Cara Petua hilangkan pijar cili

Assalamualaikum,
cuti sekolah dah habis. Rutin harian dah kembali normal la ye. Ada yang cuti sekolah berjalan-jalan, ada yang duduk rumah tengok tv, dan paling mak-mak hadap adalah memasak. cuti sekolah ke tak cuti sekolah ke sama je rutin. Terkadang cuti sekolah lagi sibuk mak-mak nya 24jam anak dekat rumah, dan lebih banyak masa bersama berbanding masa tak cuti sekolah. Cik hawa dah lupa bila cuti sekolah ke cuti apa ke, sebab dah 3 tahun adik cik hawa si adam tu habis sekolah. dan memasing berbisness sendiri. hari-hari waktu sendiri, cuti sendiri.

pepetang selasa ni, cik hawa nak share tips/ petua nak hilangkan pijar cili. tak pasti pula nih bahasa kebangsaan atau bahasa negeri. Pijar cili ni cara panas/pedas merayap dekat tangan atau kawan tertentu hasil daripada sentuhan terhadap benda pedas seperti cili. Contohnya nak masak sambal belacan tumbuk bawang merah,bawang putih, cili, gula, belacan dalam lesung batu, masa dah siap tumbuk kita pergi ceduk sambal tu guna tangan, bukan sudu/senduk maka pedas cili tu meresap dalam kulit tangan. rasa terbakar! panas! walaubagaimana pun, dalam menurut Kamus Dewan Pustaka Pijar nih bukan pasal cili. tapi logam/panas/nyalaan. hahahaha. boleh tengok dekat sini PIJAR RUJUKAN KAMUS DEWAN PUSTAKA

Macam mana cik hawa boleh kena pijar cili nih? Almaklumlah, darah maniskan. kenkonon merajinkanlah diri masuk ke dapur dengan azam dan iltizam yang tinggi nak buat ala-ala korea Hot Chiili Paste nama korea dia  Gochu-Jang. Pada angan-angan cik hawa ianya adalah cili kering tanpa biji yang tak pedas saangat dan sedikit manis. Dengan segala kudrat dan semangatnya cik hawa bersila dekat dapur, nak merealisasikan menu korea malaysianis dan siap bercita-cita nak viralkan dekat facebook! hahaha. dasar netizen mahren nak publisiti cepat. ok, berbalik kepada bersila tadi. cik hawa pun pergi nak bentang surat khabar nak elak biji cili kering tu berselah-sepah. Sekali dalam proses membuang cili tu tak sampai 1 mangkuk pun cik hawa buang bijinya. dah kepenatan bersama ke bosanan. siap rendam cili kering dah buang biji tu cik hawa yang pandai ni pergi rendam tangan cik hawa dedua dalam semangkuk cili kering tu. dan terusnya buat penelitian lah setiap helai cili kering tuh yang tertinggal-tinggal lagi bijinya. Pandai! Teliti! Dedikasi! Sekali dah siap buat benda kebaikan tu pergi lah rebus semangkuk cili. lepas dah basuh tangan baru terasa pijarnya Ya Allah hazabbbbbbb sangat!

Setiap hujung jari tangan ni rasa panas, rasa nak meletup, rasa terbakar, rasa Allahhuu. Rasa macam tangan dalam cerita Dragon Ball yang boleh berapi tuh. Mengeletorrrrr kanan kiri. Tapikan gagah juga lah cik hawa siap boleh siapkan completed meal Nasi Ayam Madu. Tapi sepanjang masak tu, rasa tangan tu berdarah. lelebih masa tangan direct atas api. (masak nasi tumis atas api dulu, rebusan ayam, perapan adam dan bakar ayam madu) masa time nih pon boleh terbayang ke pijar-an nya. Sumpah pedih. dan dalan hati cik hawa yang positif nih, ala biarkan jela. Jangan fikir sangat, kau masak je. Satgi siap masak hilanglah pijarnya. Tapi Nehi Khabi Nehi. Nasi Ayam madu siap. pijar tak hilang lagi. Cik hawa makan nasi ayam tu sambil tangan pijar. Gagah gilaa. Tapi kita hanya mampu merancang, tuhan menentukan. Kegagahan cik hawa berakhir, maka cik hawa pun up status dekat Instagram linked Facebook minta petua dan tips nak hilangkan pijar. Alhamdulillah rezeki ramai yang bagi tips dan petua. meh tengok antara tips dan petuanya beserta keputusan bagi cik hawa

dalam pada pijar sempat edit gambar! haha

1. Rendam dalam susu kultur sejuk (calpis) IDEA SENDIRI (TAK MEMBANTU, masa dalam susu sejuk je pijar hilang bila angkat tangan masih terasa pijar)
2. Tenggelamkan tangan dalam timbunan beras bersama selawat. (Rasa sejuk sekejap je, bosan rendam lelama dalam beras dekat dapur sensorang) Masih terasa pijar
3. Basuh tangan pakai sabun mandi. Rasa dan kesan dia sama macam timbunan beras. sekejap je rasa sejuk. pijar ada lagi
4. sapu ubat gigi. YEAH! Sangat berhasil pada cik hawa! lepas sapu Alhamdulillah HILANG PIJAR! 
tips dan petua disusun mengikut kronologi cik hawa merawat pijar. dan NO. 4 sangat membantu! cuba. cuba. cuba. Ini adalah pengalaman dan ilmu dari Allah yang cik hawa rasa cik hawa perlu kongsikan dengan korang. Semoga bermanfaat untuk semua. Dan mana tahu cik hawa dah nyayuk anak 5 boleh cari balik tips dan petua nih dalam blog.
Selamat membantu!

Comments

Popular posts from this blog

Part 1- Percutian ke Perth, Australia Julai 2016

Suntikan Vaksin HPV Percuma

UJIAN HIV PRA PERKAHWINAN 2017