dairi detox cik hawa: Jom Detox Day 2

assalamualaikum
memalam buta pun gagah nak update dairi detox cik hawa walaupun dari pagi sampai ke malam cik hawa dekat luar.
sebab pagi dah keluar cik hawa tak sempat nak prepare makanan walaupun tema menu detox harini SUP SAYUR!
bawa bekal buah je masuk dalam beg, makan dalam kereta dalam sepanjang perjalanan.


Lupa nak bagi tahu, Alhamdulillah pagi tadi bangun bertenaga tak berpeluh mengigil macam detox sebelum nih.
Makan dekat kedai takde sup sayur. cik hawa makan sayur yang tak sup. huhu
 Dapat makan sayur yang dimasak ok sikit nak makan daripada menu sayur semalam RAW! huhu.
sepinggan sayur gitu RM4. Mencabar juga detox beli makanan dekat luar sebab masakan ada perasa gula, garam, ajinamoto dan PANDANG MATA PELIK! huhuhu memang mencabar iman.

Keluar dengan mama dari pukul 9pagi sampai 8malam. Balik je solat cik tunang nak jumpa pula. gagahkan jugak la. Sebab penat cik tunang dah sampai dari Shah Alam.
kita tengok je cik tunang makan dekat restoran kesukaan kita. 

cik tunang makan nasi ayam, cik hawa senyum kelat minum air kosong. 

Makan pisang pun happy je! 
Masa detox buah-buahan adalah keperluan yang sangat penting. Elakkan berlapar teruk sebab nanti kita akan taktentu hala. Dan probability untuk TIPU DETOX sangat TINGGGI! Tadi pepusing mall rasa lapar terus ajak cik tunang beli buah paling senang beli jela 1 cup anggur. Lepas makan baru rasa macam manusia sikit. hahahaha.
ok, penat. mengantuk. type entri ni sambil makan anggur nak elak jadi zombi.
adios!

Siapa nak join detox bersama cik hawa
boleh whatsapp cik hawa di www.wasap.my/601123524179
email cik hawa di nurhawahaider@gmail.com
PM/DM di facebook/instagram di @nurhawahaider

Comments

Popular posts from this blog

Suntikan Vaksin HPV Percuma

Part 1- Percutian ke Perth, Australia Julai 2016

UJIAN HIV PRA PERKAHWINAN 2017