Set cantik pengantin

Assalamualaikum.

Umur dah 22 tahun, 2015 umur naik 23tahun. Nak tunang? Nak nikah? Nak konvo?
Mesti nak makeup flawless dan glowing macam retis-retis makeup.
NH pon minat dan suka makeup tapi NH suka yang simple dan nampak natural. Paling penting makeup nipis. Namoo-namoo makeup tetebal. NH jenis kulit yang berminyak. Dan NH perasan kalau NH terdedah pada matahari directly mesti banjiran minyak dimuka bertambah dari biasa. So, makeup yg nipis, simple dan natural pilihan NH.
Macam mana nak nampak simple dan natural dengan makeup nipis.

1. Kulit sihat

Maksud NH kulit sihat adalah kulit yang lembab dan bebas cela. So, kurang makeup digunakan maka makeup nipis! Sebagai contoh kalau muka ada cela dimuka barang makeup yang digunakan bertambah. Macam guna concealer kemudian lapisan primer dan foundation untuk tutup acne or apa-apa yang timbul di muka. Lingkaran gelap bawah mata juga salah 1 faktor menampakkan ketebalan makeup.

2. Faktor cuaca dan persekitaran

NH suka makeup ketika sejuk atau nyaman. Kalau NH makeup masa bahang yang NH perasan makeup akan bercapuk dan tidak natural. Kalau solat dekat mall atau rnr NH tengok keadaan untuk re-makeup. Kalau NH tak selesa, panas/bahang, sesak. NH elak makeup disurau. NH ambil alternative re-makeup dekat toilet. Pengudaraan juga penting. Cuba bayang muka kita tengah berpeluh-peluh lepastu kita spray toner, tepek moisturizer, sapu sun protection, fondation, bedak dengan muka berpeluh dekat atas bibir, bawah mata. It is BIG NO to Peluh+cosmetic. Kalau nak tunang ke nikah ke apa. Pastikan bilik anda ada pengudaraan yang elok untuk hasil yang cantik!

3. Barang dan produk yang digunakan.

Barang makeup yang bersesuaian dengan kulit juga penting dalam menghasilkan makeup yang flawless dan glowing. Sebagai contoh kulit muka anda berminyak. Elakkan guna makeup yang oils-based. Ia akan menampakkan muka anda bagai kuali panas yang sedia untuk megoreng ikan. Sekarang dipasaran ada macam-macam produk yang bersesuaian untuk kulit muka. Macam eyeshadow ada yang matte dan pallets. Selain itu, ia adalah untuk mengelakkan kesan selepas penggunaan makeup itu. Sebagai contoh kalau anda kulit berminyak dan menggunakan barang yang tidak bersesuaian untuk kulit berminyak ia akan mengakibatkan kulit gatal dan berjerawat. Penggunaan berus dan span dalam proses makeup juga penting untuk pengelakkan liang roma tersumbat yang mengakibatkan jerawat dan kesihatan kulit muka kita.

4. Penjagaan keseluruhan.

Bagi bride to be, sila jaga pemakanan anda. Banyakkan minum air kosong, ia adalah merupakan pelembab semula jadi bagi kulit. Kemudian kurangkan makan makanan berminyak bagi mengelakkan lebihan minyak merembes dimuka yang akan mengakibatkan liang roma tersumbat dan berjerawat. Untuk pengetahuan sila kurangjan makanan yang manis kerana makanan yang manis adalah didapati akan membuatkan muka kita lebih tua daripada usia sebenar.

Dengan cuaca malaysia yang panas, berdebu dan berhabuk. Sila rajin-rajinkan mencuci muka setelah anda pulang dari luar ia adalah mengelakkan liang roma anda tersumbat dan mengakibatkan jerawat. Kalau anda menggunakan makeup disarankan gunakan makeup remover untuk memastikan makeup anda sepenuhnya dibersihkan dan guna pencuci muka yang bersesuaian.

Sila mula berjinak-jinak dengan supplement/makanan tambahan dalam diet seharian anda. Dengan hanya bawah RM220(promosi disember) anda boleh mampu mempunyai makanan tambahan selama 3bulan untuk kulit yang sihat dan flawless untuk hari bahagia anda!







Pesanan kasih sayang makeup lah dengan iman. Elak menggunakan makeup dengan niat menunjuk-nunjuk dan menarik minat kaum Adam. Yang penting bersederhana! Salam sayang dari NH yang sedar menjaga kulit untuk hari besar NH. :)
 












Comments

Popular posts from this blog

RESEPI: Ayam Cheesy Buttermilk

REVIEW; Train to Busan by cik hawahijau

Susu Coklat Farm Fresh Love Story