Cara nak kumpul RM1juta

Assalamualaikum

sudah ucapkan اَلْحَمْدُلِلّهِ
Sudah sedekahkan Al-Fatihah untuk kedua ibu bapa?

Alhamdulillahh
Petang nih NH nak share benda yang selalu kita berlepas pandang.
Lapangkan dada, luaskan minda. Mari perbaiki apa yang kurang.

Perkongsian di MYB..

5 Rukun Kaya oleh Abg Abu #Mekanik Wang (Multi Millionaire) malam tadi :

1) Sentiasa Senyum
2) Kekal Energy
3) Niat
4) Sentiasa Syukur
5) Ikhlas

Kekayaan takkan datang kalau tiada 5 ini...

Semalam beliau tanya pada kami : "Berapa yang kamu rasa patut ada, supaya baru kamu rasa kamu kaya"

Ada antara kami jawap RM 1 juta, beliau jawap : "Ok, saya issue cheque RM 1 juta sekarang kepada Anda, ok?"

Beliau tambah lagi kepada Peserta ini :"Untuk saya issue cheque ni, mesti ada pertukaran ya, ok! Saya bagi kamu RM 1 juta, tapi saya nak 2 biji mata awak sekarang, boleh korek bagi saya?"

Terdiam orang tu...👍😊

Nak bagi tahu sebenarnya setiap Hamba Allah itu memang dah KAYA, tapi kita tak bersyukur...

Selagi tak bersyukur, Allah takkan bagi lebih banyak lagi !

Let's say اَلْحَمْدُلِلّهِ
Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

Comments

Popular posts from this blog

Part 1- Percutian ke Perth, Australia Julai 2016

Suntikan Vaksin HPV Percuma

UJIAN HIV PRA PERKAHWINAN 2017