29:8 dan 29:10

Dalam Al-Quran terdapat segala penyelesaian masalah. It is manual book of life. Dan tika aku resah gelisah. Aku yakin dan aku selak helaian Al-Quran untuk mencari kekuatan dan ketenangan. Jawapan اَللّهُ kepada ku. Aku sentap dan menitiskan air mata. Kerdilnya aku.

maksud 29:8 dan 29:10 ialah surah ke 29 di dalam Al-Quran ayat ke 8 dan ke 10. It is Surah Al-Ankabut



29:8
Dan Kami wajibkan kepada manusia agar (berbuat) kebaikan kepada kedua orang tuanya. Dan jika keduanya memaksamu untuk mempersekutukan Aku dengan sesuatu yang engkau tidak mempunyai ilmu tentang itu, maka janganlah engkau patuhi keduanya. Hanya kepadaKu tempat kembalimu dan akan Aku beritakan kepadamu apa yang telah kamu kerjakan.

29:10
Dan di antara manusia ada sebahagian yang berkata; "kami beriman kepada اَللّهُ ,"tetapi apabila dia disakiti (kerana dia beriman) kepada اَللّهُ, dia menganggap dugaan manusia itu sebagai seksaan اَللّهُ. Dan jika datang pertolongan daripada tuhanmu, nescaya mereka akan berkata; "sesungguhnya kami bersama-sama kamu" bukankah اَللّهُ lebih mengetahui apa yang ada di dalam dada semua manusia?
Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

Comments

Popular posts from this blog

Part 1- Percutian ke Perth, Australia Julai 2016

Suntikan Vaksin HPV Percuma

UJIAN HIV PRA PERKAHWINAN 2017