selamat tinggal semesta 5,UTM

assalamualaikum

alhamdulillah berakhir sudah semesta 5 aku dekat UTM in quantity surveying
sem yang singkat dan banyak memory yang tercipta. Aku bersyukur dengan nikmat yang telah Allah berikan kepada aku. REZEKI is not only typical rezeki which mean others understand the REZEKI is only in $$, RM. How many the zero we got. Rezeki selalu orang tengok pada gaji, income, bonus, keuntungan dalam berniaga. Rezeki itu besar skopnya. Allah kurniakan kesihatan itu rezeki, Allah temukan dengan sahabat2/kawan2 yang baik itu rezeki, Allah berikan enviroment yang pendalaman itu rezeki, setiap urusan yang kita lakukan mudah itu juga rezeki. Saat aku menaip ini jua satu rezeki. Syukur Alhamdulillah. Aku bersyukur atas semua nikmatnya. Aku bersyukur berada di UTM, bersama2 kawan2 dan jiran yang baik. Rezeki Allah.

Semesta 5 aku berakhir dengan sayu sebab bulan Januari (1) sampai bulan September (9) aku akan tiada di UTM dengan kengkawan dan jiran tetangga sebab semesta 6 aku di isi dengan Latihan Industri/Praktikal/Internship. Tak tahu lah nak teruja dan sedih or gembira. Gembira sebab dapat duduk dekat rumah sampai bulan September (9), puasa dan raya dirumah. J teruja sebab nak ber-praktikal. Nak merasai sebenarnya dunia QS di alam nyata. No books, no exam, no lecture. Wish me all the best next week ( 27/01/2014 Monday ) its my first day ;) ! sedih sebab no kawan sekelas, no lecture, no class, no jirans, no UTM, no campus life, no meranti (even nothing to be remember except of Nasi Ayam Penyet) and no skipping the class (phuaaahahaha). Tapi aku kene redha its one parts of my journey.

Walaupun aku habis paper awal (Rabu, 15/01/2014) tapi disebabkan bilik aku harus di kosongkan dan barang2 di bawa pulang. My parents datang menganggkut segala barang. Penuh ok bonet kerete, dan kesian dekat Adam seat belakang yang dia duduk sorang yang selalunya boleh jadi tilam transform to 1 seat yang sempit dengan barang-barang akak dia yang berlambak nih. Huhu. Papa gerak dari rumah pukul 7 dn sampai ke UTM kol 12. Sempatlah lunch sesame dekat Green Jade.

Aku terliur giler dengan ABC (RM3.30) dia. Kalah ABC dekat Bubble seksyen 2, shah alam tuh. Its simple and not overloaded. Nasi Ayam penyet (RM6) dia ok la, tapi xboleh lawan Nasi Ayam Penyet Bibik or Pinang or dekat meranti. Sambal nasi ayam penyet dekat Green Jade sikit dan sopan je (kurang pedas) tapi parents aku suka je. Rojak buah (RM4.50) sedap! Kuah dia, kacang dan keropok yang dia tabur mantap dan portion dia ngam2 ho juz bagi aku cam overpriced sekalisekala boleh la layan. Banyak je dishes yang ada juz aku belum sempat nak rasa semuanya. Mee kari, mee rebus, Nasi Lemak, Cendol,..

Hamek kau sekali satu perenggan je untuk Green Jade. Kene mintak kredit nih. Huhu. (Sambungan..) Lepas dah kenyang makan tuh, papa, adam, atok g solat jumaat dekat MSI, mama lepak dekat bilik aku rehat2. Lepas siap je solat jumaat papa dan adam loading barang. Huhu. Syukur sangat ada papa adam. Aku fefeeling princess kejap. Ayat pun camnnih, “dik angkat nih” “adik yang nih pun angkat” “adik bawak nih” hahahahahahhahahahaha. Kejam tak eh? Adik aku sayang aku adik aku redha je dapat kakak macam aku. Hahahaha.

Lepas aku berjaya memadatkan bonet kerete yang tak rupa bonet dan tilam seat belakang adik aku tuh berlalulah meninggalkan UTM dengan niat panjang jodoh panjang umur bertemu lagi menghabiskan sisasisa pengajian aku yang berbaki setahun. Atok ajak singgah Kota Tinggi melawat adik lelaki atok. Saja nak jumpa sebab masa kenduri kawin arituh atok ada appointment dengan doktor thats why tak dapat datang. So sempatlah asar dan minum petang. Lewat petang tuh kami sambung perjalanan pulang. Aku tabik dengan papa, tegar driver dari pagi sampai malam. Sepanjang perjalanan alhamdulillah lancar juz lepas papa masuk exit Ebor (kalau tak silap) tuh temperature kereta naik, dah biasa dah dengan kerete manja nih asik2 naik temperature je, tapi malam tuh hampir 11 malam dia dah melebihi paras half papa behentikan kereta dekat bahu jalan dan tambah air. Mungkin kereta tuh pun [enat agaknya. Dari pagi sampai malam non stop working. Lama jugaklah dan dinner+supper dekat RnR Dengkil. Layan sate kajang+laksa. Dah kenyang tuh sambung perjalanan kan aku kemengantukkan yang amat sangat nasib baik dengkil ke rumah dalam 40minit macam tuh.

Sampai-sampai papa keluarkan semuaaaa barang. Aku dah macam nak nages dah. Siap begging, “papa boleh tak simpan barang dekat dalam kereta je, esok pagi awe keluarkan ye” hahahaha. Suara buat macam tak makan setahun muka dan mata tak terdaya. Opss. Papa tak termakan langsung ohkey lakonan aku tuh, papa kuarkan sebanyak-banyak barang tuh. Aku tak sampai hati tengok papa aku tolong lah heret segala harta benda aku masuk dalam rumah tapi aku longgokan dekat ruang tamu lah tak larat nak heret naik atas masuk dalam bilik. Padat. Hahaha

Perghhh, gilos panjang. Itu je lah kenangan terakhir aku dekat UTM. Adioss. Tatatatatata
:D



Comments

Popular posts from this blog

RESEPI: Ayam Cheesy Buttermilk

REVIEW; Train to Busan by cik hawahijau

Susu Coklat Farm Fresh Love Story