In love with you, 2406days.

Assalamualaikum
Hari nih (22/1/2014) senarai tampal dah lengkap dengan gred semua subject ada yang aku target dapat ada yang lari sikit ada yang terjun sungai Klang namploh (60) kali. Senarai tampal yang aku target lari terjun Sg Klang tuh agak mengecewakan aku dan berjaya buat aku menitiskan air mata saat aku nak keluar dengan AAA. :’( malu ok nangis depan (tepi) dia. Even dah lama kenal. Dia siap tak tahu nak pujuk macam mana.
Ada ayat yang dia buat, “eh, tak pe la lain kali buat lagi yang terbaik”
Others, “redhalah, dah buat yang terbaik kan?” ....“Ee, kalau susah sangat berhenti je la belajar kita kawin” ok, ayat dia yang last tuha aku speachless.dan aku berhenti menagis untuk elakkan dia bagi ayat/idea yang merepek kerepek pisang. Dia tengok aku cam sedih/tension dia ajak melalak (karaoke). Tapi siyesly dekat Kapar/Klang aku tak pandai sangat  dekat mana best. Selain dekat Kbox dekat Klang Parade (sekarang under construction untuk upgrade tempat tuh), Kbox dekat Plaza Alam Sentral pun ok tapi takkan semata nak melalak nak pergi sana. Wow dekat Setia City Mall pulak macam overpriced aku rasa. Kita bilik 2-3 jam sekali dengam makanan bape puluh ringgit tah. Kalau pergi reramai ok la. Huhuhu

End-up dengan main Ampang Bowl dekat Setia City Mall. Pukul 10am-2pm ada promosi 3game RM10  sekali dengan kasut (RM2-RM2.50) RM12.50 murah dan best la tempat dia. Barang baru kan platform dia pun mantop licin berlikat lagi. Huhuhu. Tempat dia luas. Just yang slack tandas dia tak ada dalam tuh dia dekat luar. Bukan macam dekat Plaza Aam Sentral tandas dia dalam bowling arena tuh. Ada cafe tapi aku tak makan, lalu je la. Huhu. Adam tak sekolah arini dia pergi amik ujian komputer, then join main bowling. So, total aku main 6 game hari nih. Fuhhh, patah jari. Even dah main 6game skill aku still di situ, tak berkembang maju (badan je maju) huhu

Macam kebiasaan lepas lepak Setia City Mall mesti balik singgah dekat Tesco Setia Alam. Ada je benda nak beli. AAA selalu beli jajan untuk bekalan dia dekat rumah or sikit barang dapur rumah. Aku biasanya dengan AAA pergi Tesco aku akan beli apa yang aku teringin nak masak/buat tak kesah lah baking ke cooking ke. Aku akan beli dengan AAA saat-saat macam nih la. Dan semenjak dah bertahun nih AAA dah tunjukkan belang dia. Dulu masa 1-2 tahun kenal setiap kedai yang aku nak window shopping/shopping dia akan ikut membontoti aku. Setia dan tanpa lelah. Urmm,lately nih dah takde maknanyaa. Kalau aku pergi masuk kios ke stall yang barang macam girl/women dia tunggu luar or go somewhere else. Aku ok je, sebab kalau dia ikut pun kalau aku minta pendapat mesti jawapan dia macam tak membantuuuuuuu. L

Lets say, ada dua baju nih, design yang lebih kurang sama Cuma warna berbeza satgi dia cakap dua-dua cantik belilah semua. Aku macam . =.=”  -..- last sekali sebab ter-psiko dengan pendapat yang aku dapat aku tak beli apa-apa. Hahahahaha. Then kalau pergi cam Tesco/Giant/Aeon/UrbanFresh mesti diaakan refuse untuk follow aku pergi tempat mak-mak. Hahaha. Macam section herb, spices, veget,  dairy/sos. Hahahahahahahahaha. Aku perasan lah muka dia akan lain kalau aku teruja nampak section-section tuh. Dan aku nampak muka aku sendiri kalau dia heret aku pergi tempat barang-barang kerete macam pewangi kereta la, lapik kaki la, cermin laa, semua lah berkaitan dengan aksesori kereta. Dan salah satu tempat yang aku teruja nak pergi tapi tidak bagi dia is tempat bantal/comforter set/ throw segalaaa. Hahahahaha

The best moment of the day is AAA buat suprise.  Masa lepas shopping barang dekat Tesco Setia Alam. Dia acah-acah letaklah barang (baru beli tadi) dekat bobet. Aku macam? ==’ seat belakangkan ada. Bukan banyak sangat pun barang yang kita beli. Then cam tak jadikan tektik dia nak suro aku bukak bonet dia yang bukak bonet dan said, “kita ada suprise dekat awak” aku macam, “eh, ye ye je mamat nih” kalau hadiah coklat, bunga roses, strawberry, cherry dari Korea tuh dah biasa. Aku macam dah boleh bacalah suprise klise dia. Tapi yang tak sangka hamekkau! 1kotak besar dia keluarkan dari bonet, theme peach polkadot. Ok cair tengok kotak.huhu. then dia pesan buka nanti masa da balik dekat bilik. Aku cam cuak gak. Kotak bebesar nih dia letak apa ye? Aku takut kalau dia letak anak ular ke, haiwan ke, benda2 yang scary lah yang ada dalam kepala otak aku. Huhu. Memang ohkey #Cancer nih negative sikit. Aku siap tanya, “dalam kotak tuh apa? Benda mati ke benda hidup?” siyesly aku cam curious sebab perangai dia satu hari cam setan sikit. Macam bukan diri dia yang aku kenal. Huhuhu.

Sampai je rumah dengan kotak peach polkadot besar gabak nih aku tak boleh nak seek and hide sangatlah dengan mama papa. Eh atok sekali. Siap tanya bawak apa tuh. Aku cam seram je nak jawap. Aku terus masuk bilik nak tengok apa yang suprise sangat tuh. Bukak kotak siap ada “sesampah” ala yang kertas gunting-gunting ala2 guna paper shredder  tuh. AAA siap mention
“susah payah taw kita kunting kertas dengan surat khabar  tuh nak penuhkan
 kotak (besar gabak) tuh untuk awak, nampak taw air tangan kita” -.-‘ pon boleh laaaa
“hadiah nih as advance monthsarry kita esok ( 23/01/14) yang ke 2406 days(6y7m)”

Aku terharu nak nages boleh time tuh. Lagipun sepanjang hari keluar tuh aku macam kasar je layan dia. Main sepak-sepak dia, usik dia main bowling, paw dia (yang nih selalu). Huhuhu. Dan aku dengan pertama kalinya attempt Orea Baked/Freeze Cheese Cake. Aku 1st time nampak teksture cream cheese tuh. Dia lain dari dairy yang aku penah guna dalam baking. Rasa ada. Just teksture dia tak cantik macam cheese cake yang aku pernah makan. Maybe boleh try next time (MAYBE NOT) 

updated 23/1/2014 thursday
AAA puji sedap dan terharu aku sudi buatkan kek home made just dia kata macam overingredient. Not bad. Menikmati cheese cake dekat tepi pantai.() Kau hade? Huhuhu. Its our 1st time date dekat pantai setelah hampir tujuh (7) tahun kenai. Akhir kata, semoga nikmat kasih sayang ini Allah panjangkan dan mudahkan jalan kita untuk mengikat satu jalinan yang Halal. Aminn.

ILY AAA J
#entry hambar tanpa gambar dan mungkin akan di-update
doakan kami. :D 

Comments

Popular posts from this blog

Part 1- Percutian ke Perth, Australia Julai 2016

Muka Senget.

Suntikan Vaksin HPV Percuma