UJIAN HIV PRA PERKAHWINAN 2017


Assalamualaikum, rindunya dekat blog ni. azam cik hawa bulan ni nak buat 17 entri (termasuk entri ni). Untuk persediaanperkahwinan memang salah satu perkara wajib adalah ambil Ujian HIV. Syarat nak ambil Ujian HIV kena buat dekat-dekat dengan majlis perkahwinan sebab boring Ujian HIV bertahan selama 6 BULAN SAHAJA. Kiranya boleh la buat 6 bulan sebelum ke, 3 bulan sebelum ke. Memang planning untuk bulan April nih padat sikit. Nak settle Ujian HIV, Isi boring nikah, tempeh kad kahwin dan sesiapkan bilik pengantin gitu. Cik hawa pilih untuk pergi ke Klinik Kesihatan Pekan Kapar, Klang, Selangor sebab dekat dengan rumah.

Langkah-langkah nak ambil Ujian HIV:
kena tahu klinik kesihatan berhampiran mana yang ada dikawasan anda (boleh tengok dekat LINK SINI (PDF))
  1. kena tahu waktu operasi untuk Ujian HIV
  2. apply cuti/ tak perlu cuti minta time-slip dekat klinik sebab amik masa 1 jam je
  3. Pukul 1.50 petang, ambil boring dekat kaunter pendaftaran (KKKapar HIV petang 2-4petang)
  4. Bayar RM1 untuk 1 borang dan isi borang yang diberikan (kalau pergi berpasangan RM2, 2 borang)
  5. isi borang dulu (disarankan bawa pen sendiri warna hitam)
  6. Lepas dah siap isi borang, pergi ke kaunter ambil borang tu untuk ambil no dan beri borang yang diisi ke kaunter saringan (jangan risau nurse akan bagi tahu tempat yang harus dipergi atau Tanya je dekat nurse tu lepas ni kena buat apa)
  7. Tunggu no.dipanggil di kaunter saringan untuk di ambil ukuran berat, tinggi dan tekanan darah.
  8. Lepas tu, akan ke bilik untuk ambil darah ujian HIV (Keputusan Ujian HIV dapat dalam masa yang sama dan guna alat lebih kurang Pregnancy Test) (Darah ambil dekat jari tengah, sikit je)
  9. Lepas dah dapat keputusan HIV (tidak reaktif/negative) pergi ke kaunter untuk saringan status kesihatan wanita dewasa isi macam booklet yang penuh dengan soalan. haha.
  10. lepas tu, pergi jump doctor, untuk tandangan dan sesi kaunseling kalau ada masalah kesihatan.
  11. pergi ke kaunter pendaftaran (kaunter ambil borang) pulangkan semua borang yang kita ada dan nurse akan bagi borang kepuutusan warna pink. Siap! (selamat pengantin baru doctor tu cakap! hahaha. dah boleh kahwin

isi borang dan tunggu no macam menyeramkan tapi alhamdulillah cepat je
langkah-langkah di atas yang cik hawa tulis tu berdasarkan pengalaman cik hawa. mungkin berbeza sedikit ikut tempat tapi itu lebih kurang susun atur dia. ok meh cik hawa share sikit info mengenai HIV
Ujian saringan last sebelum selamat pengantin baru! haha

HIV ni nama panjang dia Human Immunodeficiency Virus dalam bahasa melayu dia Virus Kurang Daya Tahan Melawan Penyakit. HIV ini merupakan virus yang memusnahkan system imunisasi badan menyebabkan pesakit terdedah kepada pelbagai jenis penyakit dan kanser. AIDS (Sindrom Kurang Daya Tahan Penyakit Akut yang Teruk) merupakan peringkat serius yang mana pesakit ang dijangkiti HIV mula menunjukkan jangkitan yang khusus atau sel-sel pertahanan badan turun.  HIV boleh merebak melalui darah yang dijangkiti HIV dan cecair badan seperti berkongsi suntikan jarum derma darah, terima darah yang dijangkiti HIV, berkongsi jarum suntikan sesame penagih dadah, melakukan hubungan seks dengan penghidap HIV atau daripada ibu penghidap HIV yang mengandung kepada anak yang dikandung.
Ya Allah cik hawa makin tambun ye. Tik Tok Tik Tok. Harap berat turun for goods! 

Alhamdulillah lawatan ke Klinik Kesihatan selama 1 jam selesai! Alhamdulillah semua ok. Ok itu saja yang cik hawa nak cerita pasal Ujian HIV yang cik hawa dah buat. Next, booking kad jemputan dan isi borang.perkahwinan pula. Sekian. Doakan segala urusan cik hawa dipermudahkan. Dan Semoga entri ini membantu bakal-bakal pembina masjid dalam proses awak-awak sekalian. See you on next post.


Comments

  1. Bole sy tau, hari ape je eh bole buat hiv test kalau klinik kt kapar tu?

    ReplyDelete
    Replies
    1. maaf lambat. tak silap boleh call no klinik untuk kepastian. terima kasih

      Delete

Post a Comment

Popular posts from this blog

RESEPI: Ayam Cheesy Buttermilk

REVIEW; Train to Busan by cik hawahijau

Susu Coklat Farm Fresh Love Story