sembang kosong.

Assalamualaikum.
Ada entri yang menanti. Cara suka makan timun dan kedai emas murah online.
ada yang berminat ke nak tahu? nak tahu ke tanak, cik hawa akan tulis juga. huhuhu.
mungkin pada 1 hari yang akan datang, segala coretan ini akan menjadi lembaran ingatan yang mampu membantu ramai orang, anak-anak, cecucu,dan diri cik hawa (nyayok ke nanti, mana tahu)
Ujian HIV dah settle
Kad kahwin dah settle booking
Borang Kahwin masih dalam proses nak dapatkan salinan, dan tandatangan orang-orang tertentu
Nak buat senarai tetamu pula, meh la kita.

Sedap betul lunch tadi, mama masak masak lemak nenas ikan masin dengan sambal telur pecah. Makan bertambah, manalah tak tambun cik hawa oiii.  ada lebih kurang 80 hari je lagi nak jadi Puan. Tapikan sebenarnya, cik hawa ada habit saja makan nasi bertambah bila mama masak sebab nak buat hati mama happy. cik hawa tahu perasaan tengok orang yang kita sayang makan masakan kita makan bertambah. rasa sejukk je perut (eh?) huhuhu. so, nak elakkan habit ini memudaratkan diri, maka biarlah mama masak 1 minggu sekali, yang lain tu biar cik hawa yang take over.

adios! :*

Comments

Popular posts from this blog

Part 1- Percutian ke Perth, Australia Julai 2016

Suntikan Vaksin HPV Percuma

Muka Senget.