54 hari sebelum hari yang dinanti dan dirindui

Assalamualaikum,
Dah masuk bulan April, dah masuk bulan Rejab. Ada yang makin menanti kita InsyaAllah iaitu Ramadhan Ya Karimm yang dirindukan. Tak pasti kita Allah rezekikan atau tidak dengan Ramadhan tahun ni. Dah ganti puasa? Bagi yang berniaga, memasing dah sibuk dengan undi tapak, sesiap planning untuk raih rezeki Ramadhan.

Cik hawa rasa macam Ya Allah cepatnya masa berlalu. Persiapan nak tukar gelaran cik kepada puan pun tak pasti dah ok ke belum. Tapi InsyaAllah dah settle sesikit. Doorgift (2/5), Catering dah booking, Photographer dah booking, weeding planner dah settle, cuma baju nikah, tudung nikah, veil nikah belum tahu nak warna apa, design apa, nak beli dekat mana. Bilik pun baru plan nak buat. huhu. Ingat kahwin ni senang, rupanya serabut jugak ye.

Dah jum kira berapa hari puasa kena ganti. Semoga esok cik hawa akankembali bersama entri yang gagah perkasa. Bila ilmu banyak didada tapi tatau macamana nak luahkan. lepas tu rasa berdosa tak share. macamana eh perasaan tu nak handle? Pernah tak rasa macam tuh? kalau ada nak share tips atau cara bagitahu ye.

ber-selfie bila penat pepusing cari barang rumah 

Comments

Popular posts from this blog

RESEPI: Ayam Cheesy Buttermilk

REVIEW; Train to Busan by cik hawahijau

Susu Coklat Farm Fresh Love Story