Resepi: Nasi Ayam Madu Bakar Tak Bakar

assalmualaikum.
Seperti yang dijanjikan cik hawa nak share kepakaran dan kesukaan mama dan adam.
Ayam Madu Bakar Tak Bakar. Yang star dalam resepi nih adalah AYAM dia. sebab nasi ayam cik hawa guna resepi biasa je. Ok resepi nasi ayam nih paling mudah, cepat dan sedap. Ok memula kita sediakan ayam dulu sebab dia tonggak utama dalam kejayaan nasi ayam! hahahahaha. kelakar lah ayat toggak utama tu. Ok kita mulakan dengan AYAM dulu.

Lauk Ayam:
REBUSAN
1 ekor ayam
4 ulas bawang putih (diketuk)
2 inci halia (hiris halus)
1 liter air (secukupnya nak rebus ayam tenggelam, lebih pon tak pe)

masukan semua bahan REBUSAN ke dalam periuk dan biarkan mengelegak, ayam biar suku masak. ketepikan ayam dan air rebusan boleh buat perasa untuk KICAP, dan NASI.

PERAPAN
5 ulas bawang putih
1 labu bawang merah
2 inci halia
2 sudu kecil lada putih
100ml kicap manis
5 sudu makan madu
1 sudu kecil gula
semua bahan perapan di blend sampai hancur dan ketepikan.

Ayam yang telah direbus dan diangkat diperap dengan bahan PERAPAN selama 30minit-60minit dan ketepikan sedikit untuk KICAP. Setiap 5 minit lulurkan ayam biar warna sekata.
Sementara ayam diperap boleh buat SUP, NASI, SAMBAL, dan KICAP

SUP
1 batang sederhana kayu manis
2 biji bunga lawang
2 biji buah pelaga
1 labu bawang* (optional, tak suka tak payah letak)
daun sup (secukupnya)
garam

Tumis semua bahan sup(kecuali daun sup) dengan sedikit minyak masak sehingga naik bau dan masukkan 1 cawan atau lebih air rebusan ayam tadi. Kuantiti air rebusan tu ikut kesukaan, kalau kaki sup boleh letak lebih air rebusan. masukan garam dan perasa secukupnya. Boleh masukkan daun sup masa sup mendidih atau masa nak hidang sup nanti.

NASI
2 cawan beras dibasuh (kalau brasmati lagi sedap, tapi guna je apa yang ada dekat rumah tu)
30gm butter
2 ulas bawang putih (hiris nipis)
1 batang sederhana kayu manis
2 biji bunga lawang
2 biji buah pelaga
1 labu bawang
2 inci halia
daun pandan (tak letak sebab malas nak pergi ambil dekat kebun belakang, huhu)
garam
gula
serbuk ayam/ pati ayam (optional)
susu full cream
air rebusan ayam

tumis bawang putih, kayu manis, bunga lawang, buah pelaga, bawang, halia dengan butter hingga perang dan naik bau. Masukkan beras dan di biarkan di'goreng' sedikit dan masukkan beras ke dalam rice cooker bersama daun pandan, garam, gula, perasa, susu dan air rebusan ayam. Masak seperti nasi biasa.

KICAP
Lebihan bahan perapan dan air rebusan ayam.
Campur air rebusan dan bahan perapan ayam dan biarkan mendidih buat seketika. Siap! Senang kan.

SAMBAL
3 sudu cili giling
3 sudu bawang putih (sudah di blend) @ 9 ulas bawang putih
3 sudu halia (sudah di blend) @ 3 inci halia
garam
gula
air limau nipis

tumis dan masak cili giling, bawang putih dan halia dengan minyak secukupnya sehingga masak dan masukkan bahan perasa dan air limau nipis. Kalau nak cair boleh letak air sikit. Siap!

Bila dah siap semua element nasi ayam tiba masanya kita nak buat star! AYAM MADU BAKAR TAK BAKAR! Caranya ambil ayam yang dah siap diperap di atas kuali non-stick dan bakar dengan api sederhana sehingga masak. TIPS nak ayam bakar rasa juicy, sepanjang proses ayam dimasak sudukan lebihan perapan ayam. Ianya akan menghasilkan ayam yang juicy, melekit sedap! huhuhu. SIAP!


boleh hidang ikut suka korang. timun, tomato dan daun salad. Mak mertua lalu pun tak perasan kata ko. haha

ok la, selamat memikat perut seisi keluarga! Selamat mencuba dan berseronok memasak!


Comments

Popular posts from this blog

UJIAN HIV PRA PERKAHWINAN 2017

Suntikan Vaksin HPV Percuma

Part 1- Percutian ke Perth, Australia Julai 2016