Rawatan #NHHealth dalaman

NH sedang melatih diri untuk menulis dan  mengluahkan apa yang NH rasa dengan kata-kata bukan hanya terperap  dan terpendam dalam diri/hati. memandangkan NH sedang menjalani terapi. segala apa yang NH bayngkan dan angan-anagna kan dinasihatkan untuk diluah andai sukar untuk dikongsi bersama dengan oang sekeliling meluahkan melalui penulisan adalah disyorkan.

semesta akan datang NH sudash berada pada semesta akhir di UTM namun NH sangkut 2kredit yang tersadari. kredit ubntuk semesta depan limit 17kredit dah penuh.  Ya Allah, permudahkanlah. NH nak graduate nak pentas sama-sama dengan kawan-kawan kelas yang lain. Naik semsta ini jugak NH perlu siapkan bab 4 dan bab 5. dan berkemungkinan bab1 sampai bab 3 semesta lepas kena edit bulk! NH masih belum interview firm yang berkaitan dengan tajuk NH. NH tahu, NH sambil lewa, NH tak bersungguh, NH perlu buat sesuatu agar semesta akhir NH tak akan menjadi mimpoingeri!

esok cadangnya lepas subuh lepas mama papa pergi kerja NH nak kemas-kemas rumah ala bukan kemas apa pun sebab tade budak kecik, cadangannya mahu kemas dapur belakang macam rumah bujang tuh. turunkan barang-barang yang tak digunankan untuk megelakkan kesesakkan dan keminyakkan. esok NH harap NH email dan telefon orang yang ingin di temubual tu, doakan NH. J

korang pernah dengar OCD dia macam ketagihan dan kegilaan dalam menyusun sesuatu dengan seragam, NH rasa ianya telah menyerap dalam diri NH even tidak lah 100% dia punya percentage tu dalam 50% je taraf sifat perlu ada untuk setiap manusia.

insyaallah bulan 4 nih NH akan ke Padang, Indonesia. melawat universitas bung hatta dan akan ke Bukit Tinggi. harapnya semuanya selamat. List untuk ke Padang tidaklah list macam pergi ke 4-seasons country  mungkin nak beli luggage 20’ sebab luggage yang NH ada 29’ besar bagak macam nak duduk sebulan. huhu. lahipun yang NH punya tu bukan ABS berat tanpa muatanpun dah hampir 3kg. list besar untuk ke Padang is LUGGAGE, KASUT yang selesa, SHADES! sebab NH belum ada shades yang bersesuaian untuk NH memandangkan NH spectacle so belum jumpa yang bersesuaian dan kegemaran.

habis belajar nih NH nak belajar memandu kereta budget RM1300 walaupun sumber belum diketahui namun itu misi NH. habis belajar NH harap NH dapat/cari kerja cepat untuk bayar PTPTN dan kumpul duit. dalam fikiran NH gaji RM2,300 sebulan dan simpanan bulanan sebanyak RM1,000 untuk beli kereta cash budget RM10,000 (Jun 2016). boleh tak habis belajar nih NH tanak kerja apa yang NH belajar? pelik tak, tapi berkemungkinan NH akjan kerja jugak bidang yang NH belajar untuk menunjukkan bahawasanya peluang pekerjaan dan profession yang NH ambil nih masih relaven dan diperlukan didalam industry pembinaan.

NH menyimpan cita-cita untuk redecorate bilik NH ! tak sabarnya nak kerja nak hias bilik guna duit sendiri. reka sendiri. buat sendiri. doakan NH. NH tahu dan faham bahawa semesta akhir ini akan jadi amat mencabar dan kental. NH kena yakin dan kuat untuk menghadapinya.


NH minta doa dari reader(s) agar NH ada keyakinan diri dan kepercayaan terhadap diri NH dan NH nak 150uv dalam buat Shaklee serta bonus bersama Shaklee RM2000 bulan November. NH nak habis belajar 28 Jun 2015. maaf andai terapi NH yang pertama ini agak terabur dan bercampur baur. harap pada sesi akan datang NH akan lebih focus dan istiqamah.

Comments

Popular posts from this blog

RESEPI: Ayam Cheesy Buttermilk

REVIEW; Train to Busan by cik hawahijau

Susu Coklat Farm Fresh Love Story