Monday blues?

Assalamualaikum.

Sejak cuti semesta nih. Tugas memasak dah jadi rutin sepanjang cuti tapi masak masa mama tade dekat rumah jela.

Menu harini, Kari Ikan Tongkol Bujang.
Hahahahaha. Nak jugak mention bujang.

Ramuan.

5potong ikan (NH guna tongkol)
1bulb bawang merah
1ulas bawang putih
3 tangkai daun kari.
Minyak untuk menumis
2 1/2 sudu besar serbuk kari
1 sudu kecil serbuk kunyit
500ml air(air panas, cepat sikit siap)
2senduk santan (150ml, 1/2 santan kotak)
asam jawa
Garam dan gula
1sudu kecil Biji sawi
Bendi or terung(optional)
Tomato(optional)

Cara-cara.
Mayang bawang merah halus serta bawang putih(NH ketuk je bawang putih) dan tumis sehingga naik bau dan bertukar warna bersama daun kari(campak sekali dengan tangkai pon bole)
Masukkan serbuk kari+air sedikit. Masak hingga pecah minyak(minyak naik atas rempah) dan masukkan serbuk kunyit dan biji sawi. kemudian masukkan ikan dan air.
Tunggu mengelegak dan masukkan santan, dan perasa(garam+gula) serta air asam jawa. Masukkan bendi, tomato dan terung atau sayur kegemaran. Tanak masuk sayur pon tak pe.

Siap! :) sedap makan kari dengan nasi panas+kicap!!

Tak bersuami tak bermaksud tak perlu masak. ;)

Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

Comments

Popular posts from this blog

Part 1- Percutian ke Perth, Australia Julai 2016

Muka Senget.

RESEPI: Ayam Cheesy Buttermilk