Sediakah anda berhadapan dengan Dajjal

❗Dajjal merupakan seorang manusia, yang telah ditangguhkan ajalnya. Dia diberi kelebihan oleh Allah SWT untuk menguji keimanan manusia.
❗Makanan orang-orang beriman ketika Dajjal keluar nanti hanyalah tasbih (SubhanAllah), tahmid (Alhamdulillah), tahlil (La Ilaha Ilallah) dan takbir (Allahu Akbar).
❗Sahabat bertanya, "Ya Rasulullah, kenyangkah?"
"Tidak. Manusia akhir zaman berzikir hanya sebagai cara untuk terus bersabar dengan lapar".
❗ Kita kena berpuasa sunat selalu sebab waktu Dajjal keluar nanti, kita boleh bertahan dengannya kerana dia memonopoli semua makanan atas muka bumi.
❗Antara kelebihan-kelebihan yang Allah SWT bagi dekat Dajjal:
- Boleh menyuburkan tanaman.
- Boleh turunkan hujan.
- Menghidupkan yang dah mati.
❗Macam mana Dajjal nak keliling dunia cuma dalam masa 40 hari? Sempat ke?
"Pergerakan Dajjal itu bagaikan hujan yang ditiup angin".
❗Dajjal akan menjadi ketua dekat dunia ni. Semua pemerintahan nanti akan ada di bawahnya. Bila dia dah kuasai semua, dia akan mengaku yang dia tuhan.
❗Nanti, Dajjal akan suruh semua orang mengaku yang dia tu tuhan. Siapa yang mengaku, akan jatuh kafir, tapi dapat kemewahan dunia. Siapa tak mengaku, derita.
❗Hari pertama Dajjal dekat dunia = Setahun.
Hari ke 2 = Sebulan.
Hari ke 3 = Seminggu.
Hari ke 4 sampai hari ke 40 = hari-hari biasa.
❗Dajjal ni penipu besar. Antara pengikutnya yang ramai adalah dikalangan kaum wanita dan kanak-kanak, kerana mereka mudah terpedaya.
❗Sabda Nabi SAW; ketika dajjal keluar, ikatlah anak dan isterimu di tiang pada rumah. Ini untuk mengelakkan mereka keluar dan terpedaya dengannya.
❗ "Jika Dajjal keluar ketika aku masih hidup, aku akan bersama-sama dengan kamu semua untuk menentangnya".
- Nabi Muhammad SAW.
❗ Dajjal akan menghidupkan semula mak kita yang dah meninggal untuk meyakinkan kita yang dia tu tuhan. Sedangkan yang hidup itu hanyalah jelmaan syaitan!
❗ "Jika kamu berjumpa dengan Dajjal, bacakanlah 10 ayat pertama dari surah al-Kahfi".
- Nabi Muhammad SAW. Rasulullah SAW dah pesan. Mari amalkan!
❗ Semua pelusuk dunia akan diterokai oleh Dajjal, kecuali 2 tempat sahaja iaitu Makkah dan Madinah kerana dikawal ketat oleh Malaikat.
❗ Waktu Dajjal keluar nanti, masing-masing kena lindungi diri sendiri. Tiada siapa boleh tolong dah, waktu tu seorang ibu nak tolong anak pun tak boleh.
❗"Kalau kita menyorok dalam air, selamat ke tidak dari Dajjal"?
Kata Syeikh Zainul Asri, penguasaan Dajjal tu di darat, laut dan udara.
Tak boleh lari.
❗ "Dajjal takut dengan azan. Kalau dia buat benteng, dan waktu tu tengah azan, akan musnah benteng dia tu".
- Syeikh Zainul Asri.
❗ Dajjal akan buta matanya dan akan muncul perkataan 'Kaf Fa dengan Ra' dekat dahi dia setelah dia mengaku yang dia adalah tuhan.

❗Dajjal akan keluar bawa neraka dan syurga. Neraka yang dimaksudkan adalah kesengsaraan dan syurga adalah kebahagiaan. Neraka Dajjal sebenarnya adalah syurga dan Syurga Dajjal adalah hakikatnya neraka.

❗Dajjal akan dibunuh oleh Nabi Isa a.s. selepas Dajjal berjaya tawan dunia selama 40 hari setelah dia keluar nanti.
❗Amalkan 10 ayat pertama dan 10 ayat terakhir surah al-Kahfi, maka kamu akan terselamat daripada fitnah Dajjal.
Ni hadis Nabi SAW.
❗ Sabda Nabi SAW; "Hafal 10 ayat pertama daripada surah al Kahfi, maka kamu akan selamat daripada Dajjal".
❗ "Yang paling aku takut melanda umatku di akhir zaman ialah huru hara yang dibawa oleh Dajjal".
- Nabi Muhammad SAW.
❗ Orang yang malas nak ambil tahu pasal Dajjal ni, mereka tak tahu betapa huru haranya yang akan dibawa oleh Dajjal nanti.
#S E B A R K A N
Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

Comments

Popular posts from this blog

RESEPI: Ayam Cheesy Buttermilk

REVIEW; Train to Busan by cik hawahijau

Susu Coklat Farm Fresh Love Story