Seminggu muka senget.

Assalamualaikum New Update untuk cara rawatan muka senget sebelah ENTRI INI
Sebenarnya ada dua tiga entry dalam draff tuh umtul di publish-kan. Xpela, still need edit it before split out. HaHa
Sebenarnya nak bagitahu ni, tak kesahlah korang nak tahu ke tak. Dah seminggu aku dekat rumah under mama's treatment. Sebenarnya aku di-sahkan menghidap Bell's Palsy. Masuk pagii nih dah 10hari aku camni. Keadaan aku tidaklah teruk tidak boleh berjalan, or melakukan aktiviti harian seperti biasa. Cuma kualiti dalam melakukan aktiviti tuh yang terjejas.
Let's say, kalau makan aku tak boleh sangat nak makan nasi, sebab dari partikal sebutir beras tuh nak jadi lebih kecil untuk dihadamkan aku hadapi masalah sebab ianya akan selalu terkumpul dibahagian kiri mulut dan ianya amatlah tidak menyelesakan. Tapi kalau partikal besar macam buah2 sayur2 ke masih aku boleh hadap asalkan bukan sekecil sebutir beras. Selain itu, kalau aku nak ambil wuduk keupayaan untuk berkumur2 tidak begitu menjadi sebab air tuh akan tersembeur keluar sebab bibir aku macam tak closes well. Dan yang paling menyayat hati is, aku tidak mampu mengukir senyuman yang indah. Sebab memang pp aku dan bbir aku xnaik. Umm.dugaan اَللّهُ Minggu pertama aku kene Bell's Pasly ni mata aku kering. Pedih, cepat penat. Mungkin sebab keupayaan kelopak mata aku untuk protect eye ball lambat berkedip daripada biasa dan its not close well. So kalau mandi basahkan rambut tuh, kemungkinan besar untuk air basuhan shampoo tuh akan masuk mata sangatlahhhh tinggi. Pedihh oii. So, law cuci rambut aku, tutup dengan tangan mata aku. Kalau aku tengok movie ke, fokus dalam kelas ke, apa2 je xtvt utk melihat aku akan cepat pedih letih, dan aku akan rehat seketika bukan tido pun juz tutup mata keduanya utk lembabkan mata aku.
Eh yang aku perasaan jugak, kalau aku kembang2kan lubang hidung aku xde reaction sangat. Huhu. Sebelah je duk kembang kempis sebesar alam yang sebelah tu kembang kempis sikit je.
Kening aku yang tak berapa nak Ziana Zain pun drooling down nak angkat kening pun tak mampu. Tu antara effects yang aku dapat sepanjang Bell's Palsy dalam urat aku.
Dan yang paling effected is, social connection and self confident aku dah ke laut. Sebab mulut aku herotkan nak cakap pun susah dan sometimes pronounce yang aku sebut tak jelas sangat or cam pelat sikit. So, susah la orang nak faham dan sometimes sampai 2 3 kali la aku ulang berkataan tuh bagi orang faham. Kadang2 kalau g jalan2 ke g kelas ke dating ke, (sempat ag tuh. Haha) rakyat malaysiakan polite, humble, somel, murah senyuman segala aku nak balas senyuman tuh pk namploh (60) kali nak senyum balik ke x. Kadang2 time Bell's Pasly ni aku tak senyum pun, tapi dalam hati aku senyum aku balas niat murni hati orang tuh yang bersedekah (senyuman). Aku takut balasan senyuman aku nanti me-ngerikan dan spoilkan mood org dan tak pasal2 dia jual produl pemanis muka ke hape. Hahaha.
Di kesempatan ini, aku nak meminta maaf kepada sesiapa yang aku kenal, pernah kenal. Maafkan dan halalkan segalanya, andai hati yang terguris terluka sebab aku, aku pun mnta maaf sangat, semoga sakit Bell's Pasly nih khafarah dosadosa aku hendaknya. Aminn.
Insyallah aku akan sembuh dan aku akan kongsi dengan korang apa yang aku alami. Manatahu, korang cam lost cam takut dan rasa aku sorang je ke hadapi semua ini. Sebab aku search dekat Mr.Google tak banyak sangat info pasal Bell's Pasly dalam kalangan Malaysian tapi obesi ramai laaa. So, urutan muka tu penting bagi elak urat kau tuh cam stay static ber-virus. Ce youtube je. Huhu
Semoga perkongsian ini sedikit sebanyak membantu dan menberi manfaat.
Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

Comments

Popular posts from this blog

RESEPI: Ayam Cheesy Buttermilk

REVIEW; Train to Busan by cik hawahijau

Susu Coklat Farm Fresh Love Story