acah-acah comeback

assalamualaikum

pengalaman intern pertama aku yang paling panjang. walaupun ini merupakan pengalaman pertama dalam hidup aku untuk ber-praktikal. Ianya sudah mampu membuat aku foboa. ecehhh, hahahahaha.

minggu lepas, 11 Jun 2014 tarikh yang aku debar-debarkan dan nanti-nantikan sudah nyampe (ini perkataan indonesia kot). walaupun begitu, tahap keinsafan yang ada dalam diri aku amatlah kekurangan (asal ayat bahasa melayu aku macam haram!). pensyarah aku datang pagi tu (11/6/2014), tapi report aku tak print out lagi (sebenarnya, ada ayat keramat yang tak siap lagi tuh tak print out). Nasib baik, hari itu aku sampai office awal, 5minit nak pukul 9pagi. aku sampai je office punch reports yang dah siap lepastuh ingat nak siapkan ayat keramat dan print out last report. tapi dalam hati aku macam, "hawa, ce kau kol lecture kau dah dekat mana?". Maka, aku pun turutkan kata hati aku lalu, "Assalamualaikum, Pn Tantish saya Hawa yang Praktikal di Kas Juruukur Bahan. Puan jadi ke nak datang hari ni?" lalu mendapat jawapan mengegar hatiku, "saya dekat depan Sekolah Intergrasi As-Syakirin, office awak di mana ye?". *BBBOOMMM* *HeartExplosion*. "puan, office saya dekat depan lagi. puan terus je". "ok, kamu tunggu saya di bawah ye saya tak nampak mana office kamu". aku time tuh macam, nak terkincit(perasaan nak terkencing tanpa dapat dikawal oleh centre nerve, ha cenggitu).

kak herda, dah kelam (kelam-kabut), nak setting bilik mesyuarat dan panggil supervisior company kita berdua (hawa(aku)dan husna). Di ringkaskan, semuanya berjalan lancar dengan jayanya. Syukur Alhamdulillah. Semuanya sudah berakhir. :D *BigSmile* Lepas itu, aku rasa macam. "lecture dah datangkan, dah observe kan, dah evalute kan, ha tunggu pe lagi dah gi beram (singkatan berambus dan kedengaran lebih sopan dan senang nak cover line kalau terlepas cakap) hawa! "

Post acah-acah comeback nih, macam warmup lah kiranya. Untuk aku, menghiasi reading list korang yang sudi follow aku. termuncullah aku dalam feed korang. :D walaupun, blog aku nih macam suam-suam kuku dan tak banyak info (maklumat macam skema sangat pulak kan). Dengan peningkatan usia aku, aku cuba memberi penambatan info dalam blog ini. Doakan semoga aku terus istiqamah.

tahniah, kamu yang sudah bertunang. :D semoga dipermudahkan dan diberkati Allah.

kredit to google: pertunangan Nurul AF


Comments

Popular posts from this blog

RESEPI: Ayam Cheesy Buttermilk

REVIEW; Train to Busan by cik hawahijau

Susu Coklat Farm Fresh Love Story