Set Kolestrol Shaklee

Assalamualaikum!
Amboii, minggu ni mingggu yang paling banyak cuti kan? Isnin-Selasa Cuti Raya Aidil Adha. Jumaat Cuti Hari Malaysia. Yang berkerja cuma kerja dua hari je kan? huhu. Alhamdulillah dapat luangkan masa dengan family dan anak-anak lebih sikit. Dan tak lupa pesta DAGING korban! Raya Pertama kuah kacang, rendang, nasi impit, ketupat, lemang repeat makan berpinggan. Lepastu lunch makan sup tulang fresh! bermangkuk-mangkuk siap hitam warna sup dengan sambal kicap! nyummeh! Tapi kan. korang perasan tak? Aware tak? Yang lemak haiwan nih tinggi dan boleh menyebabkan masalah KOLESTROL TINGGI?

KOLESTROL tu apa ye? Macaroni chicken casserole ke? Sebenarnya kan kolestrol ni seakan lemak, lembut dan belilin secara mudahnya adalah lemak didalam saluran darah dan sel badan ianya bahaya sebab tak nampak! Sebagai contoh kalau kegemukkan tu adalah lemak dibawah kulit kita boleh nampak dengan perubahan fizikal yang besar di lenggan, peha, pinggul dll. Dan yang palingggg menakutkan KOLESTROL ini tak kira orang Kurus atau Lebih berat badan SEMUANYA ada risiko. SEMUANYA!! Cik Hawa Hijau yang menaip ni pon ada risiko, korang yang baca nih pon ada risiko. Kolestrol adalah zat terlarut dalam darah. Ianya tak nampak tapi ada. TAPI kolestrol ini juga sebahagian penting bagi tubuh yang sihat kerana ianya digunakan untuk menghasilkan membran sel dan sesetengah hormon dan berfungsi dalam fungsi-fungsi tubuh yang lain. Kalau kolestrol tinggi, muatan darah bertambah (berat darah/kandungan darah) maka proses pengaliran darah keseluruh anggota badan yang dilakukan oleh jantung memerlukan lebih tekanan untuk mengepam dan terhasillah TEKANAN DARAH TINGGI.

Kolestrol ada dua jenis iaitu Hipoprotein Densiti Tinggi (HDL) adalah kolestrol baik yang mampu mengelakkan mendapatan kolestrol. Keduanya adalah Lipoprotein Densiti Rendah (LDL) merupakan kolestrol tidak baik yang boleh berkumpul pada pada dinding arteri dan membentuk plak yang menyumbat arteri. Terlalu banyak KOLESTROL TIDAK BAIK (LDL) dalam darah adalah risiko yang besar untuk penyakit jantung koronari (yang akan membawa kepada serangan JANTUNG dan ANGIN AHMAR)

Korang tahu tak apa funsi kolestrol? Ada beberapa funsi penting KOLESTROL dalam tubuh badan kita. Antaranya;

  • membina dan menjaga membran sel, dengan mengelakkan peng-kristal-an hidrokarbon di dalam membran. 
  • membantu dalam penghasilan cecair hempedu (kalau tak nanti hempedu keras)
  • penting dalam penghasillan hormon yang dibebsakan oleh kelenjar adrenal seperti kortisol, kortikosteron dan sebagainya.
  • terlibat dalm penghasilan hormon androgen dan estrogen. 
  • 'makcik guard pintu depan' sel dengan membernarkan molekul yang boleh memasuki sel dan      tidak boleh memasukinya. 
  • penting untuk metabolisma vitamin larut lemak.
  • menjadi penebat kepada jaringan saraf
  • menukarkan cahaya matahari kepada vitamin D.
Korang nak tahu tak tahap normal bacaan KOLESTROL?
Tahap kolestrol yang normal lebih kurang (secara keseluruhan) 120-200mg/dl, iaitu HDL melebihi 40mg/dl dan LDL kurang daripada 130 mg/dl.

Kesan bacaan paras KOLESTROL yang melebihi dari sepatutnya? KOLESTROL terlalu rendah atau terlalu tinggi boleh mengakibatkan masalah kesihatan penting untuk menjada KOLESTROL pada tahap yang sepatutnya. Antara masalah yang biasa berlau adalah:
  • Strok
  • Serangan Jantung
  • Penyempitan arteri
  • Darah tidak mengalir dengan baik.

Apa tanda korang ada KOLESTROL TINGGI?
ini bukan tanda lahir ye. Tapi tanda paras kolestrol dalam darah dan sel yang berlebihan!
-xanthelasma.
Ni bukan whitehead tapi petanda paras LDL dah berlebihan dan merbahaya !
Selain daripada kelihatan signs lebihan LDL KOLESTROL JAHAT dengan kehadiaran endapan lemak di sekitar mata. 
  • sakit dibahagian jantung (atas abdomen) ketika buat kerja berat seperti berlari, buat kerja rumah.
  • mudah penat
  • kadang kala penglihatan kabur
  • rasa kebas kalau duduk atau berdiri secara berterusan
Dah ada ke tanda-tanda macam tu? Ya Allah, baik korang bertindak cepat! Macam mana nak kawal paras KOLESTROL untuk mendapatkan kesihatan yang baik?
Terdapat beberapa cara yang perlu dipraktikkan untuk membolehkan kita mengawal paras kolestrol di dalam tubuh badan dengan:
  • MENGAWAL DIET- makanan sebenar yang mengandungi kolestrol (dietary cholestrol) tidak memneri kesan buruk kepada kolestrol dalam tubuh kita. Masalah berlaku apabila kita mengambil makanan yang tinggi lemak tepu seperti yang terdapat dalam makanan diproses. Oleh itu, banyakkan makan makanan yang tidak diproses dan lemak yang rendah dan berkualti

  • PERBANYAKKAN AKTIVITI FIZIKAL- jika kita kurang bergerak atau kurang melakukan aktiviti fizikal, peluang untuk kita memiliki bacaan tinggi LDL. Lazimi aktiviti fizikal walaupun hanya berjalankaki hantar anak ke tadika, naik tangga, berkebun, basuh kereta dirumah dll. 

  • MENURUNKAN BERAT BADAN-orang yang mempunyai masalah berat badan berlebihan dan obesiti adalah berisiko untuk memiliki kadar LDL (KOLSTROL JAHAT) yang tinggi.

  • MENJAUHI ROKOK DAN ALKOHOL- Pengambilan dua bahan terlarang dan haram disisi Islam adalah memudaratkan kesihatan dan penyebab LDL tinggi.
Bagaimana dengan ikhtiar hidup sihat dengan Shaklee membantu korang yang ada masalah KOLESTROL ?
Samaada punyai masalah KOLESTROL tinggi atau rendah (terlalu) dan sedang dalam rawatan doktor, Cik Hawa Hijau nasihatkan korang rujuk kepada doktor dulu sebelum mengambil sebarang ikhtiar supplement. Sebab khuatir pengambilan supplement yang akan diambil akan bertindak balas dengan ubat yang korang dah ambil. Tapi kalau korang nak turunkan kadar KOLESTROL tanpa ubat atau secara semulajadi, hawa hijau ingatkan bahawa supplement bukan ubat 'magic' yang boleh korang sihat sekelip mata ianya ikhtiar yang perlukan kesabran dan konsisten yang tinggi. 

Selaliu Cik Hawa Hijau akan syorkan SET KOLESTROL SHAKLEE yang mengandungi 
  • Vivix - Memberi impak 4 mekanisma utama penuaan selular
  • Phytocol-St - menghalang KOLESTROL JAHAT baru terjadi.
  • CoQ-Health - mencegah proses penyumbatan salur darah.
  • Omega Guard - menurunkan trigliserid 65%, menurunkan LDL & keseluruhan kolestrol
  • B Complex - Vitamin B3 (niacin) membantu menurunkan kadar kolestrol
  • Garlic Complex - menurunkan kadar KOLESTROL dan tekanan darah
  • SR Vita-C Plus - Menurunkan kadar KOLESTROL dan menguatkan dinding arteri.
  • Vita-E Plus - memperbaiki peredaran darah dan menghalang oksidasi LDL oleh radikal bebas. 

Ada ke korang pernah dengar, punca kematian seseorang itu sebab KOLESTROL TINGGI, dan kegemukkan? Tapi sedar tak masalah KOLESTROL TINGGI penyebab penyakit jantung penyebab 1 daripada 3 kematian di Malaysia. Dan masalah KEGEMUKKAN mengundang penyakit di diabetic (kencing manis)

bertindak segera sebelum terlambat. InsyaAllah Cik Hawa Hijau akan membantu dalam memberi konsultasi kepada korang yang ingin hidup sihat dengan Shaklee.
Whatsapp 011-23524179. 


Comments

Popular posts from this blog

RESEPI: Ayam Cheesy Buttermilk

REVIEW; Train to Busan by cik hawahijau

Susu Coklat Farm Fresh Love Story