rasa

rasa hati yang bercampur baur
rasa bagai setiap yang dilakukan ada yang berlubang
ada yang dirasakan salah
aku rasa ingin lari dan terus lari dari realiti kehidupan ini.
aku rasa bagai jatuh terduduk bagai tiada yang sedia untuk sambut menyelamatkan aku
aku bagaikan diheret dengan kehidupan ini oleh orang sekeliling bukan di pimpin untuk bangun
aku rasa inginkan kehidupan aku sendiri
buat apa yang buat aku rasa ikhlas
buat apa yang aku merasakan ianya membahagia
adakah aku terus seharian memenuhi expectation manusia sejagat tanpa perasan bahawa jiwa ini robek hancur dan membusuk.

adakah kerana aku tidak sama dengan yang lain membuatkan aku rasa sangat down.
atau ianya hanya satu fasa perubahan dalam mencari indentiti dan makna kehidupan.
atau sebenarnya ianya hanya gangguan emosi bulanan biasa wanita, PMS.

semoga Allah sentiasa ada didalam hati.
merahmhati dan melimpahkan hidayahnya agar aku tidak hanyut menghilang.

Comments

Popular posts from this blog

RESEPI: Ayam Cheesy Buttermilk

REVIEW; Train to Busan by cik hawahijau

Susu Coklat Farm Fresh Love Story