Penangan tahun akhir di UTM,Skudai

Assalamualaikum

20Nov2014 sudah minggu ke 11 aku dalam semesta 7 di UTM. Tahun yang aku nanti-nantikan, Tahun Akhir Ijazah Sarjana Muda Ukur Bahan. Hampir berpenghujung. Semesta 7 nih pun tinggal 9minggu je lagi. Sungguh pantas masa berlalu, namum sepanjang 11 minggu aku dah berada di tahun akhir ini, tekanan dan keserabutan makin terasa.

Kalau sebelum ni program Juruukur Bahan di UTM hanya memerlukan 3tahun untuk mendapatkan ijazah. Namun tepat pada masa kemasukan pengambilan aku 2011 sistem Fakulti Alam Bina di UTM sudah bertukar maka aku dan generasi seterusnya (mungkin) memerlukan 4tahun untuk selesaikannya. :)

Tahun makin bertambah namun aku tengok bebanan subjek dan kredit matapelajaran makin menyesakkan dada. Untuk semesta ini aku penuhi 17kredit (max.kredit) dengan 7 mata pelajaran. 1 subjek universiti 2 kredit, yang lain subjek fakulti. Dan yang palinggggg sesak adalah semesta ini aku sudah kene buat Projek Sarjana Muda (PSM) sepanjang semesta ini kene selesaikan tajuk, bahagia1-bahagian3. Kalau PSM saja yang aku hadap semesta ini mungkin aku boleh teruskan kehidupan dengan lebih baik. Namun ini tidak seindah yang disangka selain PSM semesta ini jugak aku kene siapkan Final Year Projek (FYP) dimana untuk program Juruukur Bahan setiap pelajar tahun akhir di kehendaki menyediakan Bill of Quantities (BQ) dengar macam senang tapiiiii ianya tidak seindah singkatannya BQ. Memandangkan FYP adalah kerja kumpulan (gila nak buat sorang BQ), mana komitmen haruslah tinggi sebab kerja yang kita buat itu mungkin sering bergantung dengan yang lain. Assignments lain toksah kabar, sebab memang dah sedia berbaris berpasangan minta dibelai dan dibedal.

Cuaca dekat Skudai pula tidak menentu, tengahari hujan sampai ke petang. Kadang-kadang habis kelas kene hujan balik aku dah rasa pening-pening. Cepatnyaa memberi kesan. Nampak sangat badan tidak stabil dan senang nak dijangkiti virus. Tapi apa yang aku perasan semenjak aku sudah berada di tahun akhir, tahap ingatan aku agak merosot. Tambahan pula, Johor cuti Jumaat-Sabtu. Hari Ahad aku sudah ada kels, sampai aku rasa sepanjang semesta ini aku dekat Johor tiadaa istillah HARI MINGGU. Otak pon penat, tiap hari monolog dengan diri sendiri "hari ini, hari apa ye?" Setiap hari dan dalam satu hari itu ada dalam 3-4kali aku bermonolog dalaman sebegitu selama 11 minggu. Parah tak parah la. Penangan PSM+FYP+ASSINGMENTs daya ingatan aku cepat penuh dan kadang-kadang ter-format sendiri. (Pelik, tapi benar)

Masa aku tulis entry ini aku terbaring, dalam bilik keseorangan bertemankan lampu belajar yang samar dan beralunkan Surah Yassin (malam Jumaat kan). Aku rasa pening dan kelam. Azan Isyak berkumandang JUM SOLAT. Segerakanlah kewajipan mu semoga اَللّهُ permudahkan semua urusanmu. Aminnn. Doakan aku kuat dan tabah hadapi semesta ini. Assalamualaikum yang sudi baca. :)
Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

Comments

Popular posts from this blog

RESEPI: Ayam Cheesy Buttermilk

REVIEW; Train to Busan by cik hawahijau

Susu Coklat Farm Fresh Love Story