RESEPI: Kek Red Velvet Senang


Assalamualaikum
Alhamdulillah Ramadhan sudah berpenghujung begitu jua dengan Syawal.
Tetapi kemaafan tidak terhad dengan waktu dan ketika.
Hanya hati yang ikhlas memaafkan diterima walau bila, dimana, dan bagaimana kemaafan itu.

Benda yang sedap dan baik tak salah untuk di kongsi. :D
Dah lama plan nak membuat kek baldu merah ataupun nama seni dia RED VELVET

bahan-bahan kek red velvet



Bahan kering untuk diayak:
360gm tepung gandum/ tepung naik sendiri
1 sudu kecil baking powder
1sudu kecil soda bikarbonat
1sudu kecil garam
2 sudu besar serbuk koko (boleh kurangkan kalau nak warna merah terang)

bahan buttermilk buatan sendiri

kalau korang ada proper measurement tools guna la ye. ;)
campur 1 cawan full cream milk + 1 sudu besar cuka masakan

Bahan lain:
400gm gula halus (gula biasa di blender je kalau malaih nak pergi kedai beli, SAMA je juz time consuming)
1cawan minyak jagung (apa-apa jenama boleh)
2biji telur gred A
1cawan buttermilk (1cawan susu full cream+1sudu besar cuka biarkan 10minit to transform)
2sudu kecil esen vanilla
1sudu besar pewarna makanan RED, merah makngah
1sudu kecil cuka masakan (apa-apa jenama boleh)
½ cawan air kopi/nescafe/air panas (den letak air panas je)


Cara-cara:
Ayak semua bahan yang perlu diayak untuk mengelakkan bendasing dan ketepikan.
Dalam bekas yang berlainan, pukul (mixed) gula dan minyak jagung sehingga sebati.

Seterusnya, masukkan telur satu persatu sehingga kembang dan seterusnya masukkan buttermilk, esen vanilla, dan pewarna merah.

Kemudian masukkan cuka masakan dan air kopi/nescafe/air kosong yang PENTING panas!
Pukul hingga sebati dan masukkan bahan ayak sedikit demi sedikit sehingga sebati dan serasi.
Masukkan kedalam dua Loyang 8” or yang apa ada di dapur anda.

Bakar pada suhu 170˚c-180˚c selama 40minit

Untuk mengetahui kek kita masak atau tidak cucuk kek dengan lidi sate or chopstick or sesuatu batang yang diperbuat daripada kayu. Jika kita cucuk dan lidi yang kita cucuk itu licin dan tiada sebarang cecair (adunan kek) yang melekat dilidi ia diiktiraf sebagai MASAK! (hamek bahasa tinggi) 

cucuk untuk nak tahu masak atau tidak

kalau clean macam nih, insyaAllah kek dah masak! :D 

nih red velvet 3rd batch bakar dalam muffin mold sebab nak makan sikit je.
keluarga ramaikan 5orang *tangandibahu*


TETAPI, kalau terdapat adunan kek yang cair melekat. Biarkan kek anda didalam oven lebih sedikit masa dan semuanya akan berjalan lancar dan anda akan dapat menikmati kek merah sedap!


Sementara tunggu kek masak, anda boleh membuat penutup penghias (topping/frossing) kek anda, dengan mengadun penutup krim keju (cream cheese frossing)

Bahan yang diperlukan:

250gm cream cheese (tatura or phidelphila or jenama lain yang ada ditempat anda)
½ cawan gula castor (gula kasar biasa dikisar halus dan diayak, kalau nak beli pun boleh)
1 sudu kecil cuka masakan/ perahan lemon
Campur dan pukul semua bahan dan siap! :D

Red Velvet nih manis tapi kalau cheese topping tu lebih sikit sedap! 



nih antara gambar sempat up di IG:nurhawahaider

cubaan pertama comot-comot + jamak sekali dengan congo bar.
cubaan kedua dan masih comot-comot tapi rasa keboom! *isibakulangkatsendiri*


cubaan ke tiga dan more to go! yeahhhh!


selamat mencuba! :D
resepi kredit to Sifu Azlita suka sangat deko dan resepi-resepi beliau. :)
kalau ada apa-apa masalah masa nak buat nih kindly WhatsApp 011-23524179 
sedia membantu, insyaAllah mana termampu. 
Next is RESEPI: Congo Bars

Comments

Popular posts from this blog

Part 1- Percutian ke Perth, Australia Julai 2016

Muka Senget.

Suntikan Vaksin HPV Percuma