Suntikan Vaksin HPV Percuma

Assalamualaikum,
hari ahad yang indah nih, cik hawa nak share mengenai suntikan HPV. Bagi followers di Instagram (@nurhawahaider) dan friends di Facebook (@nurhawahaider) mungkin ada yang Nampak post cik hawa Jumaat lepas. Sebelum dapatkan suntikan HPV dekat Port Klang, Selangor. Nak mula dari mana ye?
ok, semua entri ini akan memberi manfaat ramai orang yang tahu ataupun tak tahu mengenai HPV dengan sedikit pengetahuan dan pengalaman yang telah Allah bagi pada cik hawa. Cik hawa pun tak tahu sangat pasal HPV ni sampailah ada seorang sahabat rapat cik hawa, cik farah ain bagitahu mengenai suntikan HPV ni. Dia cakap kosong macam tu je la. Lepas tu baliknya cik hawa pergi search dekat facebook mengenai SUNTIKAN HPV ada la few thread yang membantu (sangat) dan gambar di bawah cik hawa dapat hasil daripada carian cik hawa.






 Apa itu HPV?

Secara amnya nama panjang HPV adalah Human Papilloma Virus
Untuk pengetahuan HPV adalah penyebab utama kanser serviks yang disebarkan melalui hubungan seksual. Setiap WANITA yang melakukan hubungan seksual berisiko dijangkiti HPV. Kanser serviks terjadi sekurang-kurangnya 10 tahun selepas dijangkiti HPV TETAPI tidak semua jangkitan HPV akan mengakibatkan kanser serviks mungkin juga akan berlaku genetial warts 
Vaksin ini diperkenalkan pada tahun 2006 (sumber di website ini)
Ianya adalah merupakan vaksin mencegah kanser servik
Suntikan vaksin HPV ini harus di ambil sebanyak 3 suntikan (tempoh 6 bulan)

Harga Suntikan HPV?

Kalau dekat luar 1 dose suntikan HPV adalah RM180
Ok, cuba bayangkan ye. 
Suntikan PERTAMA = RM 180 (Contoh ambil 1 March 2017) *bayaran dilakukan sebelum suntikan
Suntikan KEDUA     = RM 180 (Next dose 1 April 2017)
Suntikan KETIGA    = RM 180 (Finale dose 1 Sept 2017)
Total RM 540

Tapi ada cara nak dapatkan suntikan ini secara percuma dengan syarat:

cara menjimatkan duit poket bernilai RM540 daripada program vaksinasi HPV oleh LPPKN (Bajet 2017)
1. warganegara/ penduduk tetap
2. remaja perempuan lahir pada tahun 1990-1996
3. bujang/belum berkahwin
4. tidak hamil
5. tidak mengalami alahan teruk yang perlu rawat di hospital


bagi yang dah berkahwin TIDAK LAYAK UNTUK DAPATKAN SUNTIKAN PERCUMA, 
tapi jangan risau suntikan ni boleh ambil juga dengan membuat bayaran RM180 (1 sesi)
dan kalau dah berkahwnin boleh buat pemeriksaan Peap smear dan Mamogram


Dekat mana nak buat suntikan HPV?

yang cik hawa tahu di seluruh cawangan Klinik Nur Sejahtera LPPKN linked website website rasmi LPPKN
di sini cik hawa bagi link senarai dan no.untuk dihubungi bagi cawangan klinik sejahtera di seluruh Malaysia SINI
bagi yang nak ambil suntikan secara percuma atau bayaran sila call cawangan berhampiran untuk tahu stok HPV ada atau tidak untuk elak masa off day pergi cawangan LPPKN tapi suntikan HPV dah habis. Kalau call, cawangan LPPKN bagitahu dah habis stok sila tanya bila stok baru masuk dan kena buat appoitment ke? Bila benda percuma nih, biasalah. terhad lah. cepat habis lah. Tapi bagi yang nak dapatkan suntikan dengan membayar suntikan RM180 kebanyakkanya ADA JE STOK (dari pengalaman depan mata)

Sakit tak kene cucuk jarum tu cik hawa?

Jawapan dia tak sakit pun. Dia macam suntikan biasa. Tade la macam dia cucuk masuk jarum songkit ke atas ke apa. Dia cucuk lurus je. tak sampai 30 minit pon.(estimation siap beratur tunggu orang, kalau tak ramai dalam 5-10minit je) tapi, tapi, tapi jangan jadi macam cik hawa nerves tak bertempat. cik hawa nerves sangat, habislah keras semua otot so, sakit nyilu la terasa jarum tu masuk. Kesimpulannya jangan nerves sangat dan lembutkan otot tangan area nak kene suntikan tu. Tips dari pengalaman cik hawa yang dapat dari sahabat rapat cik hawa. Masa nak ambil suntikan tu sila tinggalkan blouse paloma, saloma, marry jane segala. Dinasihatkan pakai short sleeve blouse/ tshirt/ sleeve-less dress cover dengan cardigan/jaket. So, nanti nak susuk selak jela outerwear tu untuk memudahkan. tak perlu naklipat lengan baju/singsing ke atas. tapi tu tips sajor, kalau korang ada idea lagi mudah tapi nampak cantik sopan, menurut aurat, terpulang.

sahabat rapat sebelum kene cucuk di hari jadinya,

appoiment pukul 9 terdatang awal. tunggu jela dekat luar 

muka baru lepas kene injection. 

form yang akan diberi untuk diisi dihari kejadian. form biasa je

dah? semoga semua pengetahuan dan pengalaman cik hawa dah shre. Kalau ada pertanyaan dan soalan boleh whatsapp cik hawa +6011-23524179 
Jumpa lagi untuk suntikan HPV kedua 28/4/2017 Jumaat. InsyaAllah.

Comments

  1. Salam. Waktu nak ambil suntikan tu ada check apa2 tak before tu?

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

RESEPI: Ayam Cheesy Buttermilk

UJIAN HIV PRA PERKAHWINAN 2017