REVIEW; Train to Busan by cik hawahijau
Assalamualaikum
Selamat hari raya Aidil Adha. Banyak makan daging korban? Semoga berpada
dan bersederhana.
Ok, straight to the point
tajuk entri kali nih, cik hawa hijau nak share
review cerita terhangat dipanggung sekarang. Pada Raya Aidil Adha pertama
sempatlah cik hawa hijau meluangkan masa dengan mama dan Adam.
Muka raya memasingg. huhuhu |
Tah kenapa cerita nih jadi pilihan. Tapi Berjaya juga cik hawa hijau
pengaruh Adam dan mama layan cerita korea nih. Lagipun mama dengan Adam dah
boleh terima korea sebab selalu cik hawa hijau layan channel 391 KBS World. Bagi cik hawa hijau cerita nih cerita zombi
yang menjadi dan direct. Tengok tajuk
pun tahu kan. Cerita pasal ketapi nak ke Busan. (translate sangat, hahahaha) Cerita pertama Korea Utara nih masuk ke
Malaysia pada 8 September lepas.
Sinopsis:
Train to Busan berkisahkan tentang sekumpluan penumpang KTX (Korea Train
eXpress) dari Seoul ke Busan. Sebelum berlepas salah seorang yang telah terkena
jangkitan virus berjaya masuk ke dalam train
dan seterusnya menyerang penumpangdan berjangkit dengan pantas! Dalam
perjalanan yang penuh mendebarkan mereka terpaksa survive dari serangan zombi di dalam train dan juga di stesen Dongjeong sehinggalah ke stesen Busan yang
masih selamat dari serangan virus zombi
Pengarah Filem cerita nih Yeon Sang-ho, Dan dibintangi Gong Yoo (Seok
Wook), Ma Dong-seok (Sang Hwa), Kim Soo-ahn, Jung Yu-mi(Sung Gyeong), Sohee
(Jin Hee), Kim Ui-seong (Soo Ahn) dan Choi Woo-sik(yeong gook).
Watak watak yang dicipta oleh pengarah sedikit sebanyak mewarnai jalan
cerita yang penuh suspend! Watak
seperti bapa dan anak perempuan, train’s conductor, sepasang adik beradik
perempuan, suami dan isteri yang sedang
sarat mengandung, serta businessman, dan sekumpulan baseball.
Kelemahan zombi korea nih tak pandai buka pintu, buta(hanya nampak
manusia yang belum jadi zombie), lemah pada kegelapan dan peka pada bunyi.
Banyak nilai murni yang dapat ditonton dan dihayati contohnya bila si bapa
(Gong Yoo) berkata pada anak perempuan (Su-an) “At a time like this, only watch
out for yourself” Dan anak yang suci dan polos rasa sedih sebab dia nak semua
orang selamat dari serangan dan jangkitan virus zombi. Serta sifat ingin tahu
dan menyelamat sangat tinggi bagi budak berusia 10 tahun.
Hubungan kekeluargaan yang disentuh sedikit disetiap watak berjaya
membawa penonton beremosi. Banyak scene
yang mendebarkan dan menggeramkan dan meyumpah dekat 1 watak yang selfish. Amaran! Jangan sesekali
bandingkan cerita Train to Busan dengan cerita zombi melayu (zombi kampung
pisang). Sesungguhnya ia nya teramat amat ketara bezanya!
Korang tahu tak?
Perjalanan KTX bullet train
dari Seoul ke Busan adalah sepanjang 280miles bersamaan 450km (macam Selangor
ke Johor)
Perjalanan menggunakan KTX memakan masa 3jam 03minit, menggunakan bas
memakan masa 5jam54minit, menggunakan kereta memakan masa 4jam 17minit dan
menggunakan kapal terbang memakan masa 2jam 23minit (dari Seoul Gimpo)
Dalam cerita Train to Busan nih menggunakan Gyeongbu Line. Dimana terdapat 7 perhentian
stesen. Antaranya, Seoul (Yongsan)-Gwangmyeong-Cheonan,Asan-Daejeon-East
Daegu-Milyang-Gupo-Busan
Cerita Train to Busan nih berkonsepkan thriller dan action .
Cerita nih boleh tahan lama iaitu 1jam 58minit tapi 15minit pertama dah
mendebarkan! Cik Hawa Hijau nih boleh tahan pengecut atau jenis yang cepat
terperanjat plus melatah! (kawan-kawan sekolah tahu lah cik hawa hijau si
latah). Cik Hawa Hijau sarankan sila telan B-Complex Shaklee lebih sikit kalau
nak kurangkan debaran, stress-an, peranjatan, geraman! (Maaf Cikgu BM Cikgu
Suzana) Cik Hawa Hijau bagi 4 bintang untuk filem Train to Busan! Kalau Gong
Yoo tak mati mesti Cik Hawa Hijau bagi 5 bintang! huhu. Dasar terpengaruh
dengan filem omputih sebab selalu hero/heroin bersama survive. Selamat menonton dan mungkin men-download.
Cerita nih stress, sedih, geram sesuai untuk kecelaruan emosi tu disulam dengan B-Complex! |
Nak beli B-Complex mengurangkan stress, kurangkan jerawat dan
menurunkan berat badan.
Berminat untuk beli B-Complex, ESP dan Vit-C plus? Whatsapp Cik Hawa Hijau 011-23524179. Kalau nak tengok Train to Busan 2 pun boleh ajak cik hawa hijau kita kejar pulak zezombi tuh! huhuhu. Kemain lincah zombi korea lajuuuu! Zombi omputih kemain lembab jalan seseret kaki. huhu. Bye! Movie yang worth to watch. *thumbsup*
Comments
Post a Comment