Dairy #1 HawaHijau- Baju Raya Syawal 2012

Assalamualaikum
Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani
Ramai yang Whatsapp (WA), Private Massage (PM), Telegram, komen InstaGram (IG)/ FaceBook (FB) HAWA AJAR LA, NAK KURUS MACAM HAWA JUGAK!
Nak cik #hawahijau cerita macamana nak kurus ke? Best ke kurus nih?
Sebelum apa-apa meh cik #hawahijau bagi gambar #throwback sikit.  
Raya 2012, Banting
 ini adalah sambungan entri cik #hawahijau pasal BMI over weight. link> Nak Kurus #1
Saat Ramadhan menjelma pasti, akan terfikir pasal BAJU KURUNG/ BAJURAYA! Macam tahun-tahun sebelumnya kami sekeluarga akan beli siap, senang dan jimat. Dan seminggu akhir Ramadhan baru cari baju raya. Tema tahun 2012 adalah pilihan adik Hawa, Adam.Nak tema putih katanya. Baju kurung putih sangatt susah nak jumpa masa tuh dan saiz adalah sangat limited! Dan bayangkan hamper sebulan puasa hawa hanya mampu pakai baju kurung saiz 44 mungkin XL kalau ikut abjad. Itupun hanya berbaki 1-2 inci je ruang lebih. Cuba bayangkan kalau tak puasa Ramadhan?! *ngeri* Ada 1 baju kurung nih cantik sangat dan IN la dengan tema warna putih. Sekali tiada saiz. Sedihnya Ya Allah. Sedih sangat bila apa yang kita nak tak dapat. *nangismacamdoremon* At last, dapat juga baju yang sama tema tapi corak dengan pattern dia memang hawa kurang minat tapi…#sisredha  Dan hokum alam kan, warna teterang lelagi warna putih lagi laa Nampak kegemukkan dan ketelusan cahaya dia amat menyakitkan jiwa sebab kena pakai inner tak pepasal baju raya 2 lapis bertambahlah kegemukkan yang ada. Baju Raya Nightmare! Sebab nak bergambar, low confident sebab Nampak bertambah overweight, Sebab nak duduk bersila susah kan baju kurung moden kain duyung kurang ruang legar!, Sebab kena berhati-hati tak boleh minum air cordial, biskut raya, rending, sambal udang selahapnya plus baju yang ada ruang kosong dalam 1-2 inci cepat terisi walau dengan 1 Syawal di pagi hari raya! hahahahaha (kalaulah korang faham)
Tapi permulaan daripada tahun itu, hawa dah risau sebab BMI memang tidak normal, kesihatan memang takde la masuk hospital ke apa. Tapi nak solat mengah, nak tahiyat akhir perut terlapis macam nak pecah. click link untuk sambungan> sebab IG dah habis word! Sambungan mula dari highlight (hijau) Bab baju memang hati kering lah nak memlih nak membeli apa yang disukai, yang diidamkan sebab JARANG ada saiz dan cantik macam model pakai. Baju raya yang ada kekosongan 1-2inci tu ‘fullhouse’ dalam jangka masa 3hari raya, sekali dah siap basuh baju nak pakai ‘stuck!’ tahan napas 3minit je mampu sebab dah macam sarung nangka. Sejak saat tu, hawa mula google cara nak kurus, apa penyebab kegemukkan dan hawa belajar OverWeight adalah kerana Gaya Hidup Seharian sangat tidak sihat! Bukan sebab keturunan, jiran sekeliling, pencemaran mahupun politik negara! Nak salahkan keturunan nenek moyang kita ke penyebab kita over weight? Sedangkan, “iman tak dapat diwarisi dari seorang ayah yang bertaqwa, ia tak dapat dijual-beli …” (Iman Mutiara,Raihan) Over Weight? Lebih berat badan?

Sebenarnya ianya, bergantung pada diri kita sendiri. Cuba tengok gambar hawa dekat bawah nih. 2012 vs 2016 dan ianya bukan satu perjalanan yang singkat! Apa kita hari ini adalah kita 1 tahun yang lalu. 




Dairy #1 hawahijau
Kita sambung entri baru ye. Dairy #2 HawaHijau. Boleh Follow IG/FB ; @nurhawahaider / Nur Hawa Haider (linked) untuk aktiviti harian cik #hawahijau

Comments

Popular posts from this blog

Suntikan Vaksin HPV Percuma

RESEPI: Ayam Cheesy Buttermilk

UJIAN HIV PRA PERKAHWINAN 2017