Part 2- Percutian ke Perth, Australia Julai 2016

Dah sedia ke nak baca sambungan dari PART 1 (linked)
Lepas dah seharian (23rd July 2016) berada di Perth. Hawa dah boleh coop dengan cuaca dan keadaan di sana. Untuk pengetahuan readers masa di Perth SAMA dengan Malaysia. 9.00pagi di Perth sama je 9.00pagi di Malaysia. Sebab kita kongsi longitude yang sama. Maka, syukur sebab takde la jetlag. Cuma waktu di Perth gelap dia awal. Pukul 5.00petang di Perth macam kita di Malaysia pukul 6.30 petang.

Hari ke-dua di Perth adalah ke:
·        Caversham Wildlife Park
     The Margeret River Chocolate

Ahli TWB hari ni (24th July 2016) sewa kereta untuk dua lokasi nih. Sebab jauh dari Bandar dan susah sikit nak ke sana dengan public transport. Kami guna perkhidmatan sewa kereta Airies naik Blue CAT (free) dari 138, Barrack St lepas tu jalan kaki. Sejuk. Nyaman. Sunyi lagi. Sebab Ahad OFF DAY ramai yang cuti dan menghabiskan masa dengan keluarga. Kami ambil 2 kereta Nissan  4wheel drive yang tak masuk Malaysia. 14AUD seorang(ahli TWB 14orang) sewa kereta untuk 100km termasuk 1 GPS dan full tank fuel! hoyehhh.

Tunggu Blue CAT (free) ke Airies Rental Car

Kenyang kan perut dulu. Makan Ketupat dan meggi goreng. 


Dari tempat sewa kereta ke Caversham Wildlife Park dalam 40minit – sejam sebab menghayati pemandangan dan take time nak biasakan diri driving dekat negara luar. Jumpa kawasan ladang ada kuda siap pakai baju! huhuhu. mungkin tuan dia tanak kuda dia keras kejung kesejukkan.

Caversham Wildlife Park(CWP) nih besar ada macam-macam. Tapi yang paling fofular adalah KANGAROO & KOALA! Fees masuk tengok Kangaroo 27AUD dewasa, kanak-kanak separuh harga (13.5AUD) masa bayar tiket masuk akan diberi jadual dan maps dalam CWP. Istimewanya Kangaroo dalam nih akan dibebaskan dalam 1 kawasan yang luas tapi berpintu. Maksudnya kita boleh face to face la dengan kangroo nih  dan free feeding (makanan kangroo disediakan percuma). Dekat sini ramai orang Malaysia. Rasa macam pergi lawat Zoo KL je. huhuhu. Kangroo nih comel je. Lelagi kalau part dia melompat-lompat tuh. Comey ngat!



TWB with le Kangaroo


Ayam Unik.


Beratur punya panjang nak ambil gambar sekali keluar tengok gambar blur! Sedihnyaa

Mama with Sheep

Geli ok! Hawa pegang ujung je. Tapi sebab ular tupanas sedap je pegang.

Kangroo feeding time! 

Nasib baik yang nih gambar jelas!


Hai, readers hawahaider! 




Selain kangroo ada binatang liar berbisa, ayam, kambing, kuda, poney, piggy, lembu, koala, burung, kelawar dan kombat. Ular orok-orok, lelabah yang beracun, dll. Kalau peminat haiwan dan National Geography Channel memang seronok. Berjam-jam juga la dalam nih. Sejuk! Sekarang baru faham kenapa omputih suka berjemur dekat matahari. Sebab panas! Hangat je. Walau dah pakai jaket, long john segala.


Selepas dah penat ber-koala, ber-kangaroo. Mari makan coklat! Nyummeh.
Perjalanan nak ke The Margeret River Chocolate dari CWP dalam 20minit. Dalam kedai coklat nih banyakkkkk gilaaaaa coklat! Hantu coklat mesti bahagia. Kalau masuk KFC bau ayam. Masuk dalam nih bau COKLAT! Bau pon rasa BAHAGIA. huhuhu. hanya yang memahami can feel that (auwww!) Paling seronok ada coklat FREE! PERCUMA! Ada tiga range semuanya ada White Choco, Sweet Choco dan Dark Choco. Beratur 10x pun takpe! sebab sedap! huhuhu. Hawa PALING SUKA Dark Choco! Sebab dia pahit dan tak manis macam coklat putih dan coklat susu. Beli la 25gm 4.95AUD untuk hadiah Adam.


Yang nih coklat arak. So, hanya bergambar je.

Jamak Asar-Zohor diladang anggur

Suka tengok pemandangan luar Bandar Perth yang tenang dan teratur. Patten rumah dia kemas je. Semoga ada rezeki nak ada asset (rumah, ladang, kereta) dekat bumi Perth. Amin. Kuasa LUA.

balik hotel dengan hati riang dan gembira. Tapi malam tuh rasa nak makan makanan panas. Pukul 5 petang keatas banyak kedai dah tutup hanya ada certain je yang masuk buka. Ada yang teringin nak makan kebab. Maka, late dinner makan kebab burger 9.50AUD dan Kebab Rice Hams 16AUD. Balik tuh hawa ngade nak beli telur Australia sebab nak rasa sebab terpengaruh tengok AFC, TLC rancangan memasak! (fav.channel). Beli lah 6 biji telur dekat kedai 24jam. Harga agak costly dari harga dekat pasaraya harian biasa (Cole, WoolWorth).

Dari kiri: Shakira (penang), mama, hawa, athierah (mentor), Aimi (melaka) Makan Kebab Time!



PROMOSI untuk menjadi ahli TWB Project RM399 hanya tinggal 3 hari lagi.

jangan lepaskan peluang!

Comments

Popular posts from this blog

Suntikan Vaksin HPV Percuma

RESEPI: Ayam Cheesy Buttermilk

UJIAN HIV PRA PERKAHWINAN 2017