Muka Senget.
assalamualaikum
kalau reader NH yang pernah terbaca entri NH yang seminggu muka senget mungkin akan kecewa sebab dalam entri itu NH tak cerita lebih details cara merawat dan berapa lama masalah muka senget NH hadapi.sebenarnya dah lama NH nak cerita. NH kene muka senget ataupun dikenali sebagai Bell's Palsy. secara klinikal tidak tahu punca berlakunya. mungkin readers rasa macam takut. Eh, aku kene strok ke? tapi kenapa muka? malunyaa. macam mana nak pergi kelas? nak makan pun sebenarnya susah.
NH kene muka senget pada 16 November 2013. masa tu NH dekat UTM sedang pertengahan semesta. NH perasan mulut NH senget sebelah kiri, masa nak ambil wuduk solat zohor. masa kejadian itu, NH nak kumur-kumur then, eh kenapa bibir tidak boleh ketap sepenuhnya. means that, masa itu air yang nak dikumur-kumur terpancut keluar. NH pelik tapi NH teruskan dan solat zohor. selepas selesai solat NH tengok mulut NH tidak berkeupayaan nak senyum dan kembungkn mlut pun tak boleh. NH ingat sebab gigi bongsu nak tumbuh sebab sebelumnya gusi NH sakit. NH biarkan je.
esok paginya makin teruk, mata kiri NH tak boleh tutup sepenuhnya. yang paling ketara mulut dan mata. mandi, kalau shampoo rambut mesti buih masuk mata. pedihh wooo. lepas tuh NH demam teruk. Jiran NH ajak pergi klinik belakang UTM. Lepas cek semua. Dr. yang bertugas masa itu lelaki cina, muda. Dia cakap eh awak kene bell's Pasly nih. sya tidak boleh buat rawatan apa-apa. Saya bagi surat awak refer ke hospital besar. Aku dengar!! Ya Allah gugur jantung, air mata pun sekali berguguran. NH jarangggg pergi klinik ini pulak kene pergi hospital.NH call mama macam mana? nak refer Hospital JB ke Hospital Klang je? Mama NH suruh refer Hospital JB minta tolong pakcik NH yang ada dekat Pasir Gudang. NH fikir taknak susahkan dia sebab nanti kene ulang-alik. NH balik rumah keesokan harinya. Sedih sangat. Kelas memang kelaut laaa.
Rawatan:
1. Urutan cara Islam
NH pergi Al-Jenderami. Sebab makcik NH suruh berurut cara Islam dekat situ. Ada anak didik Harun Din. Makcik tu urut guna air zam-zam dan scan mana tahu ada apa-apa yang sangkut dekat NH. makcik tu cakap NH clean tak de apa. dia suruh pergi rawatan lain. selain amalkan selawat syifa, sapu muka dengan air zam-zam bangun pagi dan sebelum tidur dan makan kemenyan putih.
2. Klinik Najihah
Klinik nih antara klinik kegemaran keluarga NH sebab dah lama guna perkhidmatan klinik nih. Dari NH bayi sampai NH 22 tahun Dr.Ratna muka dia sama. dan rawatan dan ubat di klinik nih serasi dengan NH. NH dibekalkan dengan Vitamin B, ubat tahan sakit dan ubat urat.
3. Rawatan Homeopathy & Akupunktur Dr Nik Omar
NH pergi rawatan ini dekat Shah Alam, Glenmarie. ada beberapa cawangan lain ini SINI
jangan risau Dr Nik Omar adalah pakar dan di cawangan Shah Alam anak dia yang jaga dan berpengalaman. Untuk wanita, yang buat akupunktur Dr.wanita. lelaki Dr lelaki. sebelum rawatan, NH masuk bilik Dr cerita apa yang sakit dan kronologi NH sakit macam tuh la. Menurut Dr. banyakkk kes muka senget/Bell pasly yang dah pergi sini dan berjaya dirawat.
sakit tak? JUJUR. tak sakit langsung. sebab jarumnya halussss dan cepat. Dr yang buat pun pakar makan tak rasa pun jarum tu dekat muka. Tempat dia selesa. Jangan risau sebab Dr tuh dah tahu point-point mana nak urat muka terjejas. Lepas rawatan akan di berikan ubat Hemopati untuk siang dan malam. Cara makan kemam saja. Macam makan ubat minda. rasa manis-manis. Sebab NH student dapat harga student untuk ubat seminggu dan akupunktur RM80. Untuk pengetahuan, ubat hemopati di sini jual ikut duration. ubat untuk 1minggu RM20+. tapi tak tahu harga sekarang.
akhir kata, jangan stress. sebab stress antara salah satu punca muka senget. selepas kejadian muka senget NH amalkan makan Vitamin B dan vitamin C.
NH makan supplements daripada shaklee Vitamin B dan Vitamin C.
kalau berminat dengan vitamin B dan C. Boleh contact NH di +6011-23524179

Vitamin B klinik tak sedappp. |

Masa rawatan dalam 30minit |
sakit tak? JUJUR. tak sakit langsung. sebab jarumnya halussss dan cepat. Dr yang buat pun pakar makan tak rasa pun jarum tu dekat muka. Tempat dia selesa. Jangan risau sebab Dr tuh dah tahu point-point mana nak urat muka terjejas. Lepas rawatan akan di berikan ubat Hemopati untuk siang dan malam. Cara makan kemam saja. Macam makan ubat minda. rasa manis-manis. Sebab NH student dapat harga student untuk ubat seminggu dan akupunktur RM80. Untuk pengetahuan, ubat hemopati di sini jual ikut duration. ubat untuk 1minggu RM20+. tapi tak tahu harga sekarang.
mari kita tengok macam mana perkembangan NH sebelum dan selepas muka senget
gambar NH 2hari sebelum muka senget. |
muka baru balik klinik Nik Omar |
NH sedang senyum. 2hari lepas akupunktur |
selepas seminggu akupunktur |
selepas 2minggu. Lepas present Tekno. |
akhir kata, jangan stress. sebab stress antara salah satu punca muka senget. selepas kejadian muka senget NH amalkan makan Vitamin B dan vitamin C.
NH makan supplements daripada shaklee Vitamin B dan Vitamin C.
kalau berminat dengan vitamin B dan C. Boleh contact NH di +6011-23524179
Comments
Post a Comment