SIRAH PILIHAN : Keajaiban Suara Usaid.
Assalamualaikum
Diceritakan ada seorang sahabat bernama Usaid
yang mempunyai suara yang merdu terutamanya
ketika dia mengalunkan ayat suci al-Quran.
Kebiasaannya, dia membaca al-Quran pada waktu malam iaitu selepas anaknya tidur.
Pada suatu malam, bacaanya agak berbeza daripada bacaan malam-malam sebelumnya.
Ia sungguh menyayukan hati dan perasaan sesiapa yang sahaja yang mendengarnya.
Sedang dia khusyuk membaca, tiba-tiba telinganya menagkap bunyi bising di luar rumahnya iaitu
bunyi jeritan kudanya.
ngeekkk . . ngekkk . .
namun, dia tidak mempedulikanya bunyi tersebut
malah meneruskan bacaan daripada surah al-Baqarah.
semakin lama, bunyinya semakin kuat.
"apakah yng telah menganggu kudaku pada waktu malam-malam begini? mungkin ada sesuatu yang telah berlaku. Tetapi, biarkanlah," fikirnya dalam hati.
dia pun meneruska bacaanya dan berharap agar kudanya berhenti daripada membuat bising.
namun,
semakin lama bunyinya semakin kuat.
dengan perasaan gelisah dan ingin tahu, dia menjenguk kudanya
daripada tingkap rumahnya
tetapi,
tidak nampak apa-apa pun yang menganggunya.
sebaik-baik dia mendongak ke langit, di begitu
terkejut !
dilangit kelihatan seakan-akan awan putih yang bercahaya bak lampu-lampu yang tahu turun ke bumi.
tidak pernah dalam hidupnya melihat kejadian sebegitu.
kerana begitu takut, dia tidak meneruska bacaanya malah terus masuk ke biliknya
untuk tidur. dia ingin melupakan kejadian yang dilihatnya itu.
Keesokan harinya, dia pergi berjumpa Rasulullah dan menceritkan apa yag telah dilihatnya malam tadi.
setelah itu, Rasulullah SAW tersenyum dan menjawab:
"Itu adalah para malaikat. Mereka turun kerana mendengar suara bacaanmu yang sungguh merdu. Sekiranya engkau melanjutkn bacaanmu itu hingga ke Subuh nescaya orang lain akan dapat melihat para malaikat tersebut "
MORAL:
amalkanlah membaca al-Quran setiap hari dengan hati yang ikhlas kerana Allah SWT.
Oleh itu, carilah tempat-tempat yang sesuai agar dapat beribadat kepada Allah SWT deng khusyuk dan tulus. Sesungguhnya, rumah yang jika dibaca didalamnya al-Quran, akan dikunjungi para malaikat dan selesa kehidupan ahli rumah tersebut.
wrote by:
NURHAWAHAIDER
Comments
Post a Comment