Posts

Showing posts from April, 2017

sembang kosong.

Assalamualaikum. Ada entri yang menanti. Cara suka makan timun dan kedai emas murah online. ada yang berminat ke nak tahu? nak tahu ke tanak, cik hawa akan tulis juga. huhuhu. mungkin pada 1 hari yang akan datang, segala coretan ini akan menjadi lembaran ingatan yang mampu membantu ramai orang, anak-anak, cecucu,dan diri cik hawa (nyayok ke nanti, mana tahu) Ujian HIV dah settle Kad kahwin dah settle booking Borang Kahwin masih dalam proses nak dapatkan salinan, dan tandatangan orang-orang tertentu Nak buat senarai tetamu pula, meh la kita. Sedap betul lunch tadi, mama masak masak lemak nenas ikan masin dengan sambal telur pecah. Makan bertambah, manalah tak tambun cik hawa oiii.  ada lebih kurang 80 hari je lagi nak jadi Puan. Tapikan sebenarnya, cik hawa ada habit saja makan nasi bertambah bila mama masak sebab nak buat hati mama happy. cik hawa tahu perasaan tengok orang yang kita sayang makan masakan kita makan bertambah. rasa sejukk je perut (eh?) huhuhu. so, nak elak...

Resepi: Nasi Ayam Madu Bakar Tak Bakar

Image
assalmualaikum. Seperti yang dijanjikan cik hawa nak share kepakaran dan kesukaan mama dan adam. Ayam Madu Bakar Tak Bakar. Yang star dalam resepi nih adalah AYAM dia. sebab nasi ayam cik hawa guna resepi biasa je. Ok resepi nasi ayam nih paling mudah, cepat dan sedap. Ok memula kita sediakan ayam dulu sebab dia tonggak utama dalam kejayaan nasi ayam! hahahahaha. kelakar lah ayat toggak utama tu. Ok kita mulakan dengan AYAM dulu. Lauk Ayam: REBUSAN 1 ekor ayam 4 ulas bawang putih (diketuk) 2 inci halia (hiris halus) 1 liter air (secukupnya nak rebus ayam tenggelam, lebih pon tak pe) masukan semua bahan REBUSAN ke dalam periuk dan biarkan mengelegak, ayam biar suku masak. ketepikan ayam dan air rebusan boleh buat perasa untuk KICAP, dan NASI. PERAPAN 5 ulas bawang putih 1 labu bawang merah 2 inci halia 2 sudu kecil lada putih 100ml kicap manis 5 sudu makan madu 1 sudu kecil gula semua bahan perapan di blend sampai hancur dan ketepikan. Ayam yang telah direbus dan...

Cik Hawa Hijau 7 tahun yang lalu.

Image
Assalamulaikum, Alhamdulillah semalam dah selesai buat Ujian HIV dan terus update dekat entri lepas (semalam). Harini dah settle isi borang nikah, print esok kita double check nanti isnin boleh pergi minta tandatangan Pegawai Pendaftar Nikah (PPN) dan pergi hantar borang dekat Pejabat Agama Islam Daerah (PAID) Klang. Doakan semoga segala urusan cik hawa dan pasangan dipermudahkan. Amin. Memalam ni nak buat throwback pendek yang tengah hot dekat laman sosial tu. sumber:Twitter thread sape tah tade gambar 2010 semua dekat dalam laptop DELL, FB pon tade gambar 2010 ni hasil godek dekat blog ni. Gambar masa 1st entri buat blog ni nama lama (ceriteracheenta.blogspot) 2014. Mahasiswa UTM. Gambar masa dinner kolej. Rasa aling cantik masa nih. hahaha 2017. Spa Trainer dan Beautician dekat #hawadspabeauty Shaklee Distributor (ID: 1119371) bakal Puan dan bakal jenazah Korang main jugak tak mende alah nih? ada la few yang cik hawa tengok boleh buat berdekah ketawa dan flas...

UJIAN HIV PRA PERKAHWINAN 2017

Image
Assalamualaikum, rindunya dekat blog ni. azam cik hawa bulan ni nak buat 17 entri (termasuk entri ni). Untuk persediaanperkahwinan memang salah satu perkara wajib adalah ambil Ujian HIV. Syarat nak ambil Ujian HIV kena buat dekat-dekat dengan majlis perkahwinan sebab boring Ujian HIV bertahan selama 6 BULAN SAHAJA. Kiranya boleh la buat 6 bulan sebelum ke, 3 bulan sebelum ke. Memang planning untuk bulan April nih padat sikit. Nak settle Ujian HIV, Isi boring nikah, tempeh kad kahwin dan sesiapkan bilik pengantin gitu. Cik hawa pilih untuk pergi ke Klinik Kesihatan Pekan Kapar, Klang, Selangor sebab dekat dengan rumah. Langkah-langkah nak ambil Ujian HIV: kena tahu klinik kesihatan berhampiran mana yang ada dikawasan anda (boleh tengok dekat LINK SINI (PDF) ) kena tahu waktu operasi untuk Ujian HIV apply cuti/ tak perlu cuti minta time-slip dekat klinik sebab amik masa 1 jam je Pukul 1.50 petang, ambil boring dekat kaunter pendaftaran (KKKapar HIV petang 2-4petang) Bayar...

54 hari sebelum hari yang dinanti dan dirindui

Image
Assalamualaikum, Dah masuk bulan April, dah masuk bulan Rejab. Ada yang makin menanti kita InsyaAllah iaitu Ramadhan Ya Karimm yang dirindukan. Tak pasti kita Allah rezekikan atau tidak dengan Ramadhan tahun ni. Dah ganti puasa? Bagi yang berniaga, memasing dah sibuk dengan undi tapak, sesiap planning untuk raih rezeki Ramadhan. Cik hawa rasa macam Ya Allah cepatnya masa berlalu. Persiapan nak tukar gelaran cik kepada puan pun tak pasti dah ok ke belum. Tapi InsyaAllah dah settle sesikit. Doorgift (2/5), Catering dah booking, Photographer dah booking, weeding planner dah settle, cuma baju nikah, tudung nikah, veil nikah belum tahu nak warna apa, design apa, nak beli dekat mana. Bilik pun baru plan nak buat. huhu. Ingat kahwin ni senang, rupanya serabut jugak ye. Dah jum kira berapa hari puasa kena ganti. Semoga esok cik hawa akankembali bersama entri yang gagah perkasa. Bila ilmu banyak didada tapi tatau macamana nak luahkan. lepas tu rasa berdosa tak share. macamana eh perasaan t...