Penangan tahun akhir di UTM,Skudai
Assalamualaikum 20Nov2014 sudah minggu ke 11 aku dalam semesta 7 di UTM. Tahun yang aku nanti-nantikan, Tahun Akhir Ijazah Sarjana Muda Ukur Bahan. Hampir berpenghujung. Semesta 7 nih pun tinggal 9minggu je lagi. Sungguh pantas masa berlalu, namum sepanjang 11 minggu aku dah berada di tahun akhir ini, tekanan dan keserabutan makin terasa. Kalau sebelum ni program Juruukur Bahan di UTM hanya memerlukan 3tahun untuk mendapatkan ijazah. Namun tepat pada masa kemasukan pengambilan aku 2011 sistem Fakulti Alam Bina di UTM sudah bertukar maka aku dan generasi seterusnya (mungkin) memerlukan 4tahun untuk selesaikannya. :) Tahun makin bertambah namun aku tengok bebanan subjek dan kredit matapelajaran makin menyesakkan dada. Untuk semesta ini aku penuhi 17kredit (max.kredit) dengan 7 mata pelajaran. 1 subjek universiti 2 kredit, yang lain subjek fakulti. Dan yang palinggggg sesak adalah semesta ini aku sudah kene buat Projek Sarjana Muda (PSM) sepanjang semesta ini kene selesaikan tajuk, bahagi...